Geng Kembara Perantau

Friday

Port Bintulu


masih di Bintulu, aku nak share semasa naik TUG BOAT untuk aktiviti audit... ,Tug boat is to provide to assist the big ship, especially MLNG ship that carried to be an exports. Tug boat will pull the giant ship to go to the Port. Meaning to say, the MLNG ship engine will be standby and using the Tug boat to replace as a engine, this situation is a must to prevent and to maintain wave occurred at port and at the same time be a safety manner.



Ini adalah gambar sebelum bateri ku habis. pic lain ade dlm simpanan member lain...will be shown later.....



semasa berlepas dari Bintulu Port


Thursday

samb....Bin2lu



Gambar sunset di ambil d waterfront bintulu




Bintulu....akhirnya aku selamat sampai ke bintulu ini...kira kira lebih kurang 65oKM dari Kuching melalui jalan darat, manakala 250KM jauhnya sibu dan Miri...

Pertama kali aku sampai ke Bintulu...emmm...mana pekan, bandar...aku mencari dari bukit bukau yang mengelilingi Airport area itu.....suram je rasanya.....adus rasa keboringan lah pulak. Sampai2 dah bosan..hehehe. Apa yang menarik bintulu yer?

Perjalanan ke destinasi diteruskan, aku terus ke MLNG petronas...meneruskan urusan. Bintulu bagiku memang untuk berehat....tiada apa yang tertarik buat diriku..semua nya tenang, tiada yang peru dikejarkan, tiada pelumba2 haram...hehheh...tiada kesesakan yang amat teruk....tiada org berpusu2 mengejar masa ......kereta boleh sempat dikira....sangat tenang tetapi sunyi...ini bukan duniaku......duniaku perlu kemajuan yang dapat membuat mindaku berjalan, berfikir dengan pantas. Mungkin setiap org perlukan ketenangan tetapi ada masanya......cara berfikir perlukan kemajuan...bila kita tinggal dengan org org yang fikiran yang masih ditakuk yang lama..kita akan terikut ikut, jadi masing masing punya kepandaian meng "absorp" apa yg berlaku di sekeliling.

Frenkly speaking Bintulu memang tempat ketenangan di mana manusia tidak perlu kejarkan sesuatu....apa???hiburan...emm kebiasaanya di Sarawak nie tempat2 begini memang sangat di perlukan..........menjadi kewajiban " budaya mereka".......................


Apabila habis tugasanku di MLNG...pada petangnya pula aku terasa nak turun ke belakang hotel yang aku diami....Hotel Everly....



HOTEL EVERLY...agak menarik diami di sini RM138 per nite.
Yang suka kan kedamaian memang bagus menginap di sini kerana berhampiran sangat dengan pantai..."waterfront" nak berjogging, berlepak2 ngan kawan2 memang best, memancing pon ok.....bagus bagus....:)

Sambil menunggu sunset aku lepak melihat telatah org org bintulu...........sedikit gambar yang aku snap.





Sunday

Bintulu...


Emm salam, esok aku ke Bintulu, flite jam 720AM, so kena bangun awal sikitlah seperti biasa...dah janji ngan cab minta pick up aku jam 545am.emmm ok jam tu sebab di Kuching Subuh dah masuk...
Bermakna breakfast dlm flite lah yek...Semua dah prepared, emm sambil2 berblogging nie sambil tu aku dok fikir takut tertinggal barang penting....Insyaallah tak de yg tertinggal.
So nanti i will tell further about Bintulu..................tunggu!!!!

Thursday

Jom memanah.....


Sebelum tidur kebiasaanya aku akan menyibukkan diriku dengan pembacaan buku2 yang lebih santai dan tidak berapa berat utk dipikul sebelom tidur...hehe agar tidurku dibuai mimpi2 yang indah2 :p. Alhamdulillah bila kita baca buku2 yang menggeletek minda dengan kisah kisah penceritaan yang berkaitan dengan kehidupan, kita akan lebih rasa matang dan rasa segar sentiasa dari rohaniah mahupun zahiriah. Adus terasa dahaga pulak tekak ku...aku meneguk air masak yang dah ada di sebelahku....sambil menekan butir butir huruf papan kunci komputer ini satu demi satu....rasanya nak tidor tapi masih ingin menyiapkan coretan ini dulu. Bagiku sejak berada di Sarawak ini, aku dapat meluangkan masa untuk membuat blog/diari ku sendiri untuk dikongsi bersama2 teman.......

Ada satu kisah telah aku baca di mana seorang pemanah muda yang hebat, di mana dia merupakan pemanah yang terbaik di negaranya. Panahan yang di buat amat tepat dan sentiasa tepat dengan sasarannya boleh diberikan 99%....dari jarak yang sangat jauh.Bakat si pemuda ini dikagumi oleh negaranya dan ramai yang ingin menjemputnya memberikan ceramah dan memberikan tips bagaimana teknik yang hebat itu boleh dicontohi. Tetapi kesemua tawaran dan jemputan telah ditolak sehinggakan ramai yang bertanya, kenapa tidak mahu menyampaikan sebarang ceramah? jawab si pemuda hebat itu " saya tidak tahu apa yang nak di cakapkan..."

Emmm beberapa lama kemudian, sebuah Universiti dimana tempat beliau pernah belajar telah menjemput untuk merasmikan kelab memanah yg baru ditubuhkan. Emm dia pun terpaksa menerima pelawaan itu kerana teras terhutang budi dengan universitinya.

Maka, hari hari yang dinanti telah pon tiba, ramai penonton dan tetamu yang hadir ke majlis perasmian tersebut sehinggakan ada yang terpaksa balik hampa kerana tidak dapat memasuki dewan tersebut. tibalah saat yang ditunggu oleh penonton...dewan itu sunyi sepi menanti dengan penuh ghairah heheh ayat tak syg mulut....(teruja) Pemuda itu ke pentas dan tersenyum sambil bertanya..." siapa yang ingin menjadi pemanah? "kesemua penonton mengangkat tangan...Bagus kata si pemuda itu....Dengarlah nasihat sayayg saya ingin mengatakan hanya sekali saja...

Nasihatnya adalah, anda semua harus pergi ke medan memanah, "ambil busur dan anak panah dan mulalah memanah." dan pemuda tadi terus berjalan ke kerusinya terus duduk....semua terdiam bagaikan ada malaikat yang lalu.....semua terdiam dan tanpa berkata2 dengan ceramah yang paling pendek, mungkin penonton terkejut dengan ceramah yg amat pendek itu, semua tertanya2 apa yg telah terjadi? Cuba pecahkan kepala sambil fikir sejenak..kita hanya perlu memanah!!!! Usah pandai berkata2...bertindaklah!!!!make a move.......

Aku dah mengantuk pon terpaku menyingkap kembali cerita itu, bagaimana ingin menjadi penceramah seperti pemanah hebat itu dengan hanya sependek ayat diberi....tetapi mencengkam, persoalannya sudah kah kita mengabil busur dan anak panah dan mula memanah..ataupon hanya melihat busur dan anak panah melekat di dinding rumah...adakah kita hanya byk bercakap tetapi tidak pernah menggunakannya? dan fikir jauh sikit apakah sebenarnya busur dan anak panah kita? korang nak jadi pemanah ataupon penonton?masih nak simpan dalam almari sehingga berabuk...bila nak keluarkannya..bila???? Moralnya aku dapat semua perlukan tindakan dan jangan hanya menjadi penonton kadang kadang perlu menjadi pemanah juga.........


Aku dah pun mengambil busur dan anak panah dan dah pun mula berlatih memanah selama yang perlu sehingga dapat memanah dengan tepat.Aku perlu bertindak sekarang....tetapi harus diingat tidak semua pemanah yang pertama tepat....kan?Namun aku pasti dan pasti suatu hari anak panah aku akan mula mengenai sasarannya dengan tepat sekali. Aku tahu aku akan berjaya dengan izin ALLAH..............


Marilah bloggers memanah, tentu seronok dapat memanah bersama2.......anak panah korang sasaran korang, anak panah aku sasaran aku lah...........Bagaimana????jom aku tunggu korang di medan panahan.....................Insyaallah

Boss always feel they are right, In fact...........


Salam....Sapa nak jadi Boss angkat tangan....emm sudah pasti ramai yang angkat tangan dan ade juga segelintir yang tidak berani memikul tanggungjawab ini. Huh..bukan senang nak jadi Bos yang ramai pekerja suka....lebih2 lagi Bos yang terlalu BOSSY....emmm kan? confirm ramai yang meluat...kalau korang tak percaya cuba korang mengumpat sesama sendiri dan cuba buat analisa.....Aku pasti yang kebanyakkan tak suka dengan Boss sebegini. Kadang kadang korang terfikir tak kenapa Boss sebegini jadi cam tu.......adakah mereka dah dilahirkan dengan sikap yang sebegini? mungkin hanya buat2 semasa waktu opis hour jer, atau pon memang ada yang tak kena pada mereka???Diorang pon dulu macai juga......

Terus terang aku pon naik menyampah dengan tingkah laku Boss - boss yang berperangai macam nie...diorang nie lebih kepada menunjuk-nunjuk kuasa yang mereka ada...walhal takda apa pon!!!!
Aku bukan tak respect, tapi apa yang berlaku di sekeliling sama ada dlm pejabat aku atau pon pejabat korang semuanya sama......emmm habis tu korang nak Boss macam mana??Cuba korang yg bukan Boss fikirkan sejenak Boss yang perangai macam mana korang nak jadi?

ok aku bagi beberapa perangai Boss yang biasa kita lihat...

1. Boss yang suka mencari kesalahan orang dan sentiasa menuding jari kepada pekerjanya itu salah, ini salah.....tak penah satu pon yang betul melainkan semuanya salah dan salah belaka....

2. Boss yang selalu menganggap dirinya sentiasa bagus, dan sebenarnya dan hakikatnya pekerja sangat tau keadaannya yang tak begitu bagus...

3. Boss yang ada kroni-kroninya...kuncu-kuncunya yang sentiasa dibelai manja dan hampir naik muak pekerja lain melihat telatah mereka..

4. emm yang terakhir Boss yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat2 nya, dengan tidak mengendahkan segala kesusahan pekerja nya sehingga ade yang sanggup berhenti kerja.....(boss yang tidak menghargai orang lain)

5. Boss yang sangat pandai berkata kata, masa mesyuarat manis mulutnya, semua nak buat ,itu ini itu begini...tetapi pada luarannya hampeh, apa pun tarak....pandai buat penceritaan je lebih.....tetapi tidak menyedari keadaan pekerjanya......

6. dah lah aku mengumpat... heheheheh


Bukan apa, biar lah sesiapa yang dah menjadi Boss dan akan menjadi boss tahu di mana duduknya seorang boss yang disegani, dihormati, disukai oleh pekerja pekerja mereka. Dan sedarlah wahai boss boss sekalian....kita hanya sementara bila2 masa kita di atas akan duduk di bawah juga....tak perlu nak gahkan diri..untuk semua nie....tobat lah tobat....


Apa??korang ingat aku tulis sebab nak lepaskan geram ke?taklah...aku cuba nak duduk dan fikir sejenak, sampai masa bila korang ada rezeki dah jadi BOSS perlu ada imbangan.....muhasabah diri tu.......hehe..

Inilah dikatakan apabila Kaunselor diperlukan kaunseling.......sorylah sapa yang terasa, tapikan kalau korang boss pon korang tentu rasa korang nie bagus sangat,sebab itu Boss yang sebegini tak sedar- sedar diri....

Wednesday

Nak gula tak????


Pilihlah jalanmu....aku rasa post entry utk yg kedua ini pun agak menarik untuk dikongsi........nak bercerita lagi kisah suri rumah yang mahu membeli gula.emm sebut pasal gula memanglah gula nie barang yg sentiasa menjadi kegilaan rakyat malaysia.Al maklumlah semua makanan perlu ada gula, jika tak ada tak sah ..opsss aku terlajak pulak..nak membebel benda lain benda lain pulak aku melalot..heheh.

Setiap manusia perlukan keinginan dan masing masing ada keinginan sama ada besar atau pun kecil, bergantung pada yang mampu...ukur badan sendiri!!! jgn diukur badan makcik limah balik umah heheh( filem baru niee ). Kalau kita hayati perkara perkara yang kita mudah dan susah untuk perolehi, adakah sesuatu yg kita hajati dapat dipenuhi???emmm cuba renungkan sejenak....

Ok ada situasi yang aku nak cerita, Ada sebuah pasar raya yang menawarkan harga tersangatlah murah dan hanya dijual antara jam 5-6pagi sahaja, jadi seorang makcik yang ingin membeli gula terpaksa turun awal dan seawal mungkin di sebabkan takut gula habis di kedai itu.Biasalah bekalan gula kalau buat angin nya sentiasa habis tak tentu pasal...aku pun tak mengerti sebab apa, ok kita sambung pasal makcik tadi...die terpaksa turun dari jam 5-6pagi di sebabkan takut gula yang murah itu tadi habis, maklumlah makcik nie hanya menaiki bas untuk ke kedai tersebut. Pada pengalaman makcik nie die memang terpaksa keluar awal seperti hari lain sebelumnya...dan mujurlah pasar raya itu hanya memakan masa 15minit...tetapi malangnya ketika perjalanannya ke pasar raya tersebut keadaan jalan raya amatlah sesak...emm akibatnya makcik tadi tiba di pasar raya pada jam 6.05pagi.. dan dalam fikiran pembaca..adakah die memperolehi gula yang harganya murah tadi????tentu tidak bukan??

Persoalannya sekarang bukannya gula tadi..tetapi menentukan kejayaan. Sukarnya untuk mendapatkan kejayaan begitulah keadaan makcik tadi walaupun rumahnya hanya memakan masa 15minit untuk sampai ke pasar raya tersebut dia terpaksa keluar awal walaupun masih tiba lewat di sebabkan kesesakan jalan raya. OK cuba kita tukar kesesakan lalu lintas tadi adalah fikiran yang berceramuk bila kita bangun awal pagi dan terus membiarkan kita tidur semula....


Dan sekali lagi aku ingin korang hayati, adakah kita ingin menjadi suri rumah yang berjaya mendapatkan gula ataupon ingin menjadi orang yang terlewat....cuba fikir di luar kotak pemikiran kita heheheh pening ke?? tidakkan?? Pilihan terletak di tangan anda, dan aku kini memilih jalanku dan aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkannya. Ia bukan mudah tetapi kita harus menghadapinya, tidak ada perkara dalam dunia ini boleh diperolehi dengan mudah.

Aku sedar yang aku menghadapi kesesakan yang amat teruk dalam perjalanan ini untuk mendapatkan kejayaan, tetapi azam aku ingin mendapatkan gula aku sendiri...heheheh


So Adakah korang ingin mendapatkan gula korang sendiri??hehehe kalau nak jugak emm jangan berlengah lagi pergilah dapatkan gula tersebut....HAHAH pon pon pon beri laluan pada pencari gula.....wakakakak

Tuesday

Fikirkanlah


Tentukan arah dan tujuan anda dengan bijak, hahahah tetiba nak membebel...dah lama nak mencoret dan berkongsi cerita begini..tapi malas nak menaip...ada satu kisah menarik yg aku baca..tajuknya adalah " Sanggupkah anda mengahwini diri anda?..menarik tak??hahah tersengih aku melihat tajuk nie...dan duduk terpaku seketika...bersandar pada kerusi. Aku pun berfikir dengan berbagai persoalan. Jika aku berjumpa dengan seseorang (yang mana adalah diri sendiri ) sanggupkah aku mengahwininya......hukhuk...karakter yang sama, kelakuan yang sama, percakapan yang sama sanggup tak?

emmm aku mula terpikir..mahukah aku menjadi kawan aku...boleh ke aku percaya diri aku?dapat ke aku menyintai diri aku....

dan dengan pertanyaan yang lain pembaca boleh fikirkan...dalam persoalan yang baru....contohnya seperti adakah aku suka pekerja seperti aku? adakah aku suka anak yang seperti aku juga.....emmm pelikkan soalan ini.Tetapi amat menarik bila pertanyaan lain lagi di buat... adakah aku suka menyayangi diri aku sendiri? Boleh percaya ke aku dengan diri aku sendiri?boleh tak aku bekerja dengan diri aku semua pekerja sikap seperti diri aku sendiri....huaaaaaa gilakan...tapi tidak..fikirkanlah...

Bila aku fikirkan balik sebenarnya memang betul setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan tersendiri yang Allah jadikan...jadi kita perlu ubah sedikit demi sedikit untuk melakukan yang lebih baik....


emmm Kejayaan!!! ada usaha ada kejayaan....cuma bila berjaya... di mana berjaya ...kita tidak pasti....tapi dengan ada usaha Insyaallah ada hasilnya...ada satu ayat yang juga sangat menarik " berusaha lah supaya ada kejayaan kelak!" dan ada ayat yang lebih senang difahami..." minumlah air itu supaya hilangkan dahaga. dan Ulangkajilah buku itu supaya mudah menjawab peperiksaan. Jadi bila kita dalami semula ayat "berusahalah supaya ada kejayaan " macam pasti je kan.....emm faham tak? Satu lagi yang penting,kita perlu pohon pada Allah yang esa atas apa yang diusahakan.


Ada kisah pendek yang benar2 memberi kesan, cuba fikirkan...

scenario 1

Aku berjalan seorang diri di tepi lorong yang ada lubang dan aku terjatuh ke dalam lubang itu. Aku mengambil masa yang lama utk keluar.emmm lalu aku berkata "bukan salah ku apa yang terjadi.

scenario 2
Aku berjalan lagi di laluan yang sama dan aku terjatuh dalam lubang yang sama, seperti sebelumnya aku ambil masa yang lama utk keluar dari lubang itu. "kali nie memang salah aku"


scenario 3.

Aku berjalan di lorong yg sama juga dan sekali lagi jatuh ke dalam lubang yang sama. emmm dah menjadi satu kebiasaan. Apa yang terjadi memang disebabkan aku sendiri. Aku terus keluar dengan pantas dari lubang itu.

scenario 4

Aku berjalan di laluan yang sama tetapi hanya lalu di tepi lubang itu pula.....hehehe

dan Scenario 5

Aku dengan bangganya lalu di laluan yang berlainan.......


Ingatlah wahai kengkawan sekalian, sebenarnya setiap yang diinginkan tersangat lah boleh cuma cara atau kaedahnya yang berbeda, sama ada lama atau pun sekejap.....kita akan mencapai kejayaan dengan izin Allah s.w.t.......


Hayatilah kata kata ini...

Andai kita tidak boleh terbang, berlarilah. Andai kita tidak boleh berlari, berjalanlah..jika kita tidak boleh berjalan, merangkaklah, tetapi walau apa pun berlaku kita perlu usaha dan berusaha untuk bergerak...jgn berhenti!

Friday

Alhamdulillah the second interview will be coming.....

Thank you ALLAH, i felt proud 2 days ago.. The Petronas Management Unit called me to inform that i'm selected to go to the next interview ( Structure interview ). The first sentence En Zafri said...and asked me..U masih minat dgn post last interview....emm Apalagi dengan rakusnya aku jawab certainly!!! heheh..He was informed me to be standby and be prepared for the nx interview.I felt happy about that positive news. this is the step i should prepare nicely with studying and doing research. I'm browsing the SI interview on the internet then i found who the blogger sharing the interview same with my scenario but different step. i had an info with their blog...emm very nice blogs and assisted to my preparation...Oh i asked En Zafri with bonus question...Am i alone to be this SI for this position?He said Yes u have not competitor at all. after screening on technical interview.The info gave me spiritual to be prepared very well....this is the time Azlan...The challenges out there waiting for u...but i know it does not be mine yet! be carefully and does not be overconfident, trying to absorb first... how to feel and how to face the interview. U must remember AZLAN.. nx interview will not asking about ur technical knowledge!!!! it will be difference which is questions are generally management skills. it is comprises of several different sections :

i) One on One Interview
ii) Case Study
iii) Role Play Session
iv) Aptitude Test (Numerical and Language Test)


Oklah...kita sambung lagi yek....nak tido sudah....gud nite!!!



An interview with Petronas


For this entry, i would like to share about my experience facing of 3 interview session. As interviewee i have to prepare before attending the interview. A week before hari raya puasa, i was invited from PETRONAS under "Petroleum management unit" to attend the Technical Interview ( also called technical assessment).Fuh im wondering on myself, Is it the step to build up my position? Actually i felt proud because of this interview. I must prepare myself to achieve this position...i can do, i will do the best after i failure with another giant oil and gas company last times. Damn, sometimes i always feel unluckily every interview session. it will not happen again and again. This interview actually only a chit chat session before they agreed to forward me for another nx step that called SI ( Structure Interview ). It quit strong to get the nx step interview because i need to make interviewer confident with my skills and knowledge as well. If i don't give 110% performance during that interview,by meaning that i gonna be failed again. come on Azlan !!! i know u can do well. The interview took an hour with good and nice interviewer. 2 person involved for that interview. One of them is from Hr PMU division and the other one Manager wants to hire this position. i felt very strict during interview cause of the question was think the scenario who i should to solve the problem and what do action to be taken. I got headache to think and to arrange every word that will be out from my mouth. hhuuhuhuh... i thought skimpy prepared. Adus... the end of interview session the first and last sentence the manager said" im eager with u......" but we have one more person to interview for this position...Emm i knew it...It is not the easy way to get this position. So im waiting for essential step SI interview. Ops before i left and went to the lobby from the interview room, The manager brought and showed the seat if i hire for this position. Uhuk uhuk...just smile and hopefully i will be there.heheheh...opss Don't be high confident with smile confident hahahhahahah............................

Tuesday

MASIH MOOD RAYA AIDILADHA

Salam raya......Actually dah 2 kali aku beraya haji di Sarawak. Tak nampak lembu tombang...hehehe. Nampak anjing bersepah ada lah kat area rumah aku.......tahi lembu pon tak ku nampak, tahi anjing yela ada...kalau nak tau, di depan rumah aku tahi anjing bermaharajalela, emm susah betol aku nak cakap.....tapi takpelah, dah hidup berjiranan dengan kaum bumiputera lain...nasiblah hukhuk, but my neighbours muslim semua....
Awal pagi aku bangun untuk menunaikan solat subuh, then sambung tidor....for info, kuching area masuknya waktu subuh around 5 lebih...so naik fajar dah tentu cepat. ZZzzzzzz terkejut jam 7.30am...eh dlm kepala aku nak ke masjid...tapi tak nampak pulak diorang keluar berpakaian melayu...emm takpelah tunggu jap, jam hampir menunjukkan 745am..aku was was dah nak solat ke?emm terus pergi dengan yakin belom start lagi solat raya....setahun sekali nak juga rasa solat raya di perantauan......emm bila sampai jek, aku nampak adalah beberapa kenderaan menuju ke masjid....fuh lega, confirm not start yet.emmm sampai trus parking....emm baru takbir raya..kira mamang sesuai lah aku pergi waktu nie.....aku tak pernah rush camnie ke masjid, sampaikan baju melayu yg lama aku pakai dan berseluar hitam.Dalam hidup aku tak pernah aku sebegini...biasanya baju raya bersongket....emm satu lagi aku dengan bajunya tak bergosoknya...emm macam bujang pulak aku rasakan.uhuk....takpelah sekali sekala...aku masuk masjid....dan duduk , nielah yang aku tak berpa sedap mata memandang....dah lama nak bercerita, aku cerita bukan cakap aku nie baik...tapi di sebabkan aku sakit mata....ada ke patut masuk masjid pakai rantai besar, gelang..dah menyerupai perempuan....di sarawak nie style camni, kalau ke masjid tu hormatlah..kita nak beribadah, tinggalkan lah benda2 perkakas yg macam tu di rumah....nak bertemu ALLAH...hormat. Berlumba lumba pakai rantai...hairan lah aku..apa yang cantik sangat????aku pon mengingatkan diri aku jugak....emm abis je solat 2 rakaat, dan dibaca kutbah mengenai raya haji, opssss kenapa diorang klua, ramai pulak tu...dah habis ke? tak kutbah ke?pelik......oh rupa rupanya...memang macam nie kat sarawak, kalau di Malaya semua setia menunggu sampai abis kutbah, even solat tu sunat muakkad. Respect lah sikit brader...................Inilah perbezaan yang aku nampak.....bukan aku marah, aku nampak jer...aku ceritalah..........jangan terasa k. samb nanti daaaaaa

Semalaman bersama Uptown....


Lepas jer mengkedarah nasi lemak di kawasan Kg Baru, We all rancang Trus ke Danau Kota..biasalah everynight meriah katanya Uptown, aku yg dah hampir 4 tahun duk selangor pon masih belum padang......macam macam ada.....semua yg korang nak cari ada....kalau takde korang lah berniaga bagi ada...bukan apa, dari segi semua pakaian, asesories kereta, minyak wangi, beg2, semualah ada............gelap mata kitaorang tgok...semua nak beli. Kt bawah tu ada lah pic kenangan kat sana uhuk....



Sampai dah kitaorang di danau kota atau dikenali as Uptown


Banner entrance ke UPTOWN



Pelbagai jenis kasut ada.....duit je takde...hik hik


Mana mana aje..apa apa aje......kasi pecah laaa...dasat harganya kan...


TAK LAKU KE BANG....!!HEHEEH

Salam Eid Aidiladha

Salam buat semua umat ISLAM, emm banyak si lembu beratur...mlm nie..semua tunggu giliran yek..emmm seperti biasa umat Islam setiap tahun menyambut eid aidiladha...Korban jangan tak korban...Aku kiranya beraya di perantauan lah jawabnya....heheh cam duk overseas jer kan...haha.
Nak share lagi satu hal di Sarawak nie...korang tgok pic aku post nie....Kalau waktu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha masing2 akan berlawan lampu keliling rumah....memang dasat....Aku dapati semua rumah ada memasang lampu nie(fuh siap survey tu..) kalau di semenanjung memanglah ada yg pasang tapi di sini dah jadi kewajiban....kalau takda cam tak kena bagi diorang.......heheheh.Tak pelah ada kelainan sedikit....


Nampak tak lampu yyang dinyalakan hampir setiap rumah, yg tak buka tu chinese...ops termasuk rumah yang bercerita sekali duk join.....mana leh tahan, kasi lawan.......

Saturday

Nasi lemak yg sedap.............sedap ke??



Masa mlm course tu ...we all sempat lagi kedarah nasi lemak di Kampong Baru..nie gara gara riduan dan Pak Jan lah niee..sampai kesini....huhuhu
venue : Kg Baru laluan tak tau terselit jln nya...hehe



Muka jimmy yg sedih sebab lapa sgt.....haha



yeaa itu dia sambal kerang dan daging ( rendang aku rasa)

Nie lak muka kekenyagan....

Bukan Inspirasiku......

Setiap orang ada Ultimate goal tersendiri....inspirasi telah hadir dalam rakyat Malaysia dengan sekelip mata, semua telah merasakan yang mereka mempunyai aura inspirasi yang diberi nama INSPIRA.....lihatlah segala2 nya tentang INSPIRA......................
perlu disedari, adakah inspira ini akan menawan hati semua ataupun will not attract to everybody...if not how to remedy?

Terbaru "INSPIRA"

BACK VIEW


Engineers sedang menjalankan researchnya dan mentelaah apa yang patut huhu

Itu die product yang dapat engineers kita hasilkan dengan modifikasi grill depan je uhuk uhuk.
Tahniah

Belum milikku lagi???tapi bila???

Ini sajalah yang mampu ku milikki selain yang comel comel lagi ....emm miliki pon belum tentu lagi lah! hatinya belum ku perolehi lagi....macam mana nak dapat. Andai dapat ku miliki, tentu sekali kau gembira sayangku wahai sayangku ku adakah kau akan menjadi syurgaku??? belum tentu...Kau di sini, aku diperantauan....bila entah jodoh kita wahai rumahku .....huk huk huk,



Camne cantik tak? Rumah nie tak lah gah cam rumah lain...aku beli ukur badan sendiri, ukur punya ukur pon cam seksa gak hehehe....nielah rumah ku di Bandar Baru Bangi, tersegam indah kehijauan, tampak segak lagi segar mata memandang, hilang ketegangan minda, hilang nak tinggal situ huk huk huk....

Gambar menyibuk ( kereta Blogger Nasir)hehe...

Kursus sambil jalan-jalan



Sambil menyelam minum air, boleh ke aku guna falsafah nie....hahaha..lama rasanya tak berblogging.....so mlm nie nak post pic kenang kenangan masa course di Bandar Baru Bangi. Sambil kursus, jumpa member2 yang dah terpisah, dan juga sempat aku jengok2 rumahku yang hampir2 nak siap. Emm bila dah jumpa kawan2 lama, biasalah macam2 bercerita......................

Gambar yang nie selepas check in, sambil menunggu masa untuk boarding............dan menunggu member yang lain......tengok muka sedih diorang.,nak tingalkan family demi meneruskan perjuangan hehehe..sabar sahabat, kita pergi hanya sementara.....selagi ada hayat di situ Kembara Perantau akan berhijrah.......hijrah??? hijrah perlukan pengorbanan? bila sesuatu yang kita lakukan membuatkan kita tenang, di situ lah penghijrahan.....bila sesuatu membuatkan kita resah itulah kekangan, tapi dengan kesabaran InsyaALLAH, ada jalan penyelesaian.....



( Rahimi, Saharudin, Pak Jan)
Perjalanan harus di teruskan, pahit maung akan di redah....hehe


Sabarlah kawan kawan.....hehehe muka toye jer.....sadis sadis
korang nie terkenangkan apa? huhuuuhhuu.....





We are not a model!!!!! hehe jangan marah..masing2 mengayakan post yg tersendiri...
Pak jan, Jimmy, Rizuan

emm, Pak Jan..kau meniarap kat mana sebelom berposing tu..habis seluar koyak....
Masa nie waktu petang, lepas habis course, it was first day course..........................


sebelah aku blogger nasir.............................

Sunday

Bersara hingga umur 60??


huk huk...alkisah dengar nya cuepacs minta hingga lanjutkan umur persaraan, hik hik hik...aku rasa sampai bila2 pon duk asyik xtend, tup tup tup sedar tak sedar, cecah umur 80tahun ...mana tau..tapi kan korang tak terpikir ke bila semua kakitangan bila dah umur 60tahun....cam nie lah jadinya.... bila bebudah fresh graduate dan lepasan sekolah nak dapat kerja lagu niee...makin ramai lah menganggur.....kesian.



Makan punya makan......



salam semua..emm sekejap ada sekejap takde....sorilah buzy memanjang..klu tak bz pon buat2 bz...2 weeks ago aku ade ke johor, tak habis story....nie nak sambung nie..cuma nak crita pasal makan malam. Kedai nie makanan ala thai, masakan panasnya memang sodap, kedai nie laluan nak ke UTM skudai dari highway, kiranya dah masuk ke jln skudai lah.....emmm aku ade post several picture utk tatapan dan kenang kenangan...







wahh sampai licin , tak payah cakap, dah tentu sedap sehingga menjilat jari



emm muka tengah lapor nie tapi sempat posing..hehehe




member gua niee....muka tak tahan nak buka periuk nasi.sabar sabar dude




bestkan menu kita orang order....
emm sesudah abis sambil lepak2 menunggu nasi jatuh ke perot....aku toleh belakang tup tup tup....waduh ........emm korang tgok sendirilah...mujur kitaorang dah telan semua.....wekkkkkk
hai tak tau nak cakap apa......................kenyang sudah heheheheh




wadus sempat berdating di tepi kedai makan lagi...


tengah berkejar kejaran.....






Tuesday

Perjalanan ke JB...

uit..nie mamat mana pulak bawa beg niee..aku pon tak kenal...member aku nie kot

Selesai perjalanan ku ke JB... jumpa member member lama, Azril ko memang best laa...datang tepat pada masanya..tak payah aku tunggu sampai kematu punggong aku hehehe...dengan speck hitamnya dan beruniform menunggu aku penuh gaya..heheh...dah sampai tu kami terus ke ANGSANA untuk makan dan sambil menunggu member aku yang sorang lagi Fauzi.....................yang fauzi nie aku dah lama tak jumpa, emm nie member basikal dan anak buah aku masa penganas heheh pengawas dulu dan anak buah rumah sukan (merah dikenali as todak).....si fauzi nie memang terkenal dengan larian pantasnya.....tapi makin naik umurnya makin turun prestasi....ntah kenapa lak ko jadi camtu bro.....

Azril, fauzi dan anaknya..........
venue: Angsana

venue: kat bawah Angsana foodcourt


Bila sampai jer aku di kawasan Parking depan Angsana...selang beberapa minutes fauzi pon tiba ngan anak kesayangannya......aktif juga anak fauzi nie taknak ddukung nak jalan ikut kakinya saja...huhuuh letih juga aku tgok pakcik fauzi melayan kerenah anaknya......sabar bro itulah cabaran seorang bapa mithali. Jam hampir pukul 1pm azril, fauzi dan anaknya serta aku sendiri makan di foodcourts bawah sekali opposites dgn kawasan parking tak berbumbung......kitaorang belasah rojak jer....ingatkan nak makan nasi....aku tgok cam best jer aku ambil je utk 3 orang makan.....biasalah Sarawak mana ada makanan camnie..klu ada pon lain....hehehe tapi sembang2 punya sembang dahaga pulak tekak aku....bro order air lagi bro...hehehe.......nantilah aku post pic aku ngn diorang.....

Aku lepak kat scholar inn dalam UTM skudai ngan member2 aku.....not badlah die nye apartment murah pon murah...dan selesa rm100 kitaorang bahagi 4 orang.....memang selesa sangat .....



venue: scholar inn UTM skudai....tgah lepak sebelom makan malam...

pagi tu terus start projek yang kitaorang buat......


make it short,aku pon bertolak nak balik dlm jam 5pm ke Senai...dapat pulak mesej dari Air asia flight delay sejam....emm so tak lah aku rush sangat. Nasib baik ada abang Wan hussain tolong hantar TQ der.....jasamu dikenang...sampai je di Senai nak check in lah niee....emm pulak dahlah delay, system offline pulak....waduh manually semuanya....uk huk...yang parahnya bila sampai ja di atas flight, emm tau tau jelah kan ada yang dah purchase seat, so emm masam muka lah masing2 nak kan seat yang dibeli....F.A awal aawal dah bagitau masa beratur d bawah yg semua seat boleh duduk ngan sewenang2 nya...emm memang tak pikir yang dah beli seat camne??????!!!!! camne nak jadi syarikat perkapalan international...camni sikit masalah cannot settle nicely...huuhuh...aku pon beli seat tapi naik2 dah ada orang rembat emm tgok ada budak kecil. dlm hati aku..emm tak kisah lah no hal nya.....asalkan diorang bahagia..aku tak amik portnya.......



DALAM TAMAN PERUMAHAN NAK BUAT CHURCH????

Adoi yai ...tersentak seketika aku bila budak opis crita yang di kawasan perumahanku nak dibina Church, memang kurang asam....apa nak jadi ngan rakyat sarawak niee...masalahnya kawasan nak dibina tu dikelilingi umat Islam. Aku rasa dah makin mengarut duduk di kuching nie....bukan nak marah tapi dengan kebodohan yang ada pihak agama islam sarawak tak patut lah dibina dikawasan perumahan yg majoriti dikelilingi depan rumah penduduk ISLAM...yang aku tak berapa puas hati tu betul2 belakang rumah aku, bila nak buka pintu belakang memang nampak jelas lah...sekarang nie under construction...sepatutnya buat lah kawasan reakrasi kanak2.....tanah sekangkang kera camtu pon nak buat benda tu.....lagi satu hal depan tadika islam.Adui yai rosak betul view kawasan tu....emmm ya ALLAH apa nak jadi dengan dunia sarawak nie...
kadang kadang aku terfikir, benda nielah dinamakan revolusi ..secara perlahan lahan dibuatnya untuk menyakitkan hati umat yang ESA..

Friday

AKHIRNYA...MAXIS BEAT CELCOM...

WELCOME MAXIS, GUDBYE CELCOM.........:p
Inilah akibatnya En celcom yang tak dengar kata, aku dah kata dah....tolonglah perbaiki sevice anda...so kan dah ditinggalkan oleh en azlan. Last time kan dah bagi warning, tulah....dah hilang pelangan yg baik budibicara. so aku decide digi awek aku...hehehe eh digi lak...maxis sebagai peneman setiaku...sory ye Cik digi cannot help u....i prefer maxis. Anyway Cik maxis gave me 7days trial., if line nye unsatisfied... aku akan try cik Digi lak heheheh..but so far tak buat ragam le today.Tq maxis and gudbye celcom...jasamu dikenang..huhuhu
Emmm..wah wajah baru, ehem korang tak perasan ke??baru ada semangat...tq pada interior designer bukan free nie...aku belanja besar nak renovate semua ruang ruang dan sekali ngan roofing aku replace dengan yang baru...aku dapat bill kos semua nie tinggi jugak...emm boleh buat ansuran tak? emm 2 tahun leh?biar aku terus teranglah, exactly kos aku renovate nie hampir cecah 1million ....takpe janji puas hati.TQ DESIGNER..syg designer kerana memberiku ilham baru ..........emm langsong tak berabuk, debu emm jgn harap bersih jek..kilat lagi...haaahahahaha.

Jumpa member lama....kenangan lama kembali
Pepagi dah semangat nak wat blog entry, today hari sabtu jam 10.10am, aku ke Johor.haiii naik belon lagi baa....ada urusan yang belum selesai harus ku lengkapkan. Nanti sampai di senai AIRPORT member skolah ambil..wah dah lama aku tak jumpa Azril, rindu aku saat bermain2 sewaktu sekolah menengah, main bola bersama, bermain basikal bersama.........main basikal siap bersaing basikal sapa yang paling cantik, emm masa tu duit skolah aku perabih modified basikal dengan tukar sport rim nya, tukar seat nya, tukar paddlenya, habis aku tukar lah sampai kan tiada yang original pada yg dibeli,sampai rantai pon aku tukar..hahah nak tau basikal aku antara yang tercantik pada zaman dikawasan aku..aku rasa pon cantik juga...aku solekkan nya dgn warna putih dan sport rim putih....emmm terliur bebudak lain hinggakan basikalku sering diperhatikan...emmm adus sampai ada dah yang hilang screw...memang ada yang dengi tak hingat!!!! biasalah semua yang ku pakai semuanya barang berkualiti.....tu yang ada yang nak membedalnya sampaikan sekecil kecil screw pon ada yang nak dicurinya. ops melalut pasal basikal lak....emm tapi takpe aku syer kenangan aku ngn member aku nielah....zaman aku skolah tak macam zaman sekarang semua budak budak sekarang bermotor...dah lain.Dulu kira yang ada motor bawa ke sekolah dah dikategorikan kaya(berduit)....biasalah masa tu motor tu kehendak tak menjadi keperluan untuk remaja sekolah yang macam aku...sekarang kalau tak ada motor dah serba tak kena bebudak sekarang ...mat rempit??? mana ada dulu..sejak budak sekolah bawa motor dan motor dah jadi keperluan tu yang depa dah ramai jadi mat rempit.......tapi kalau korang nak tau aku sampai sekarang tak de motor kepunyaan sendiri......itulah kekurangan aku,emm riding motor boleh api setakat kat taman2 nak ke surau ke kedai oklah..klu dh melibatkan jalan besar ketar juga aku dibuatnya......tapi member aku azril yang nak ambil aku kat senai niee memang sampai sekarang die masih gilakan motor...mujur member aku tak jadi mat rempit.heheh macam adnan sempit( cam crita dlm astro)



Sunday

EN.CELCOM apa hal ko niee...

Sori ye En Celcom... nielah sebabnya kenapa aku tak ter-update blog aku.En Celcom apa hal teruk sangat niee...plss laa.tolong buat sesuatu jgn sampai semua dah larikan diri ke Cik Maxis....jgn buat hal..tapi aku pon dah terasa nak merantau ke cik maxis. TAK GUNA betul En Celcom nie...makin slow semua nya....whats up bro????
heheh ....saja antara alasan yg aku dapat untuk mengupdatekan blog ku yg dah usang dengan habuk dan debu debu.emm tebal jugak debu nak ku lap niee...blogwalking tak buat, post entry tak ada....heheh tapi memang last post entry aku tu memg tak sesuai ..betul kata mrs cottage ngn kembara perantau sekali mnghilang....emm entahlah actually en celcom yg buat aku rasa malas nak update..lembab!!!!!tunggulah klu ada masa dan waktu yg sesuai siaplah ko En celcom akan ku buat sesuatu diluar jangkaan. Tunggu cik maxis yer....nanti kita dating sesama....

Tuesday

KEMANA MENGHILANG???????????

EH mana semuanya manusia manusia yang mulanya gah membeli kuih muih di bulan mulia nie...kenapa mana perginya???konpius tol lah....aphal habis duit nak membeli dah ke??? hehehe wah waktu baru2 posa bukan main ramai lagi, berpusu2 orang membeli berebut rebut membeli.....letih sangat posa ke???atau pon sedang membeli baju raya.......emmmmmmmmmmm kemana menghilang yek?kejap aku cari....................................................................lol rupa rupanya semua tgah dok sibuk beli perkakas buat kuih raya..patut pon tak nampak....fuh semangat...kat hypermarket berdekatan dgn umah aku tu crowded gila ....sampai ada kenderaan parking atas tgh2 roundabout besar..emm paham2 jelah roundabout kat Saarawak nie amatlah besar boleh buat banglo atau padang bola kat tengah2 tu...apa tujuan aku pon tak pasti......hehehe............

MODE BALIK KG SUDAH....


huhuhu...nak balik kampong ke nak balik terus tak return2 heheh...angan je lebih kau nie en.azlan.....haha now im talking about balik kg!!!! this is the first time, i was taken annual leave until 17days..quit long...ah pedulikan. balik tetap balik sapa suh anta jauh2...heheh.Biasa lah org jauh jauh xcited nak balik ke kg beraya ngan family...emm actually tengah dok mikir nie...kg mana nak balik hahahahahah...kg mertua ke kg aku hahahah.Hah korang dah decide lom...jgn sampai gaduh gaduh no....kang tak siap kuih raya sibuk dok gaduh nak balik mana....ikut turn lah.be fair ok! buat aggrement awal awal sebelum akd nikah tu....inilah antara perkara paling penting bila nak kawin hehehehh...selain benda penting yg sewaktu dengannya....jgn ada yg encik suami beraya umah keluarganya, dan pn isteri beraya dgn keluarganya...parah tu parah.bak korang meeting tergempar cepat2 sedangkan member aku pon duk sekampong umah depan belakang pon ada gak nak gaduh adus very the sadis......huhuh real story maa...truth statement........so lu pikir lah sendiri

Akhirnya....


salam semua...salam merdeka!!!!!baru hari nie aku terasa kesemangatan yang tak dapat ku tepis..almaklumlah hari sejarah malaysia.Merdeka, so aku kena buat pembaharuan yang ketara dari segi rohani dan mental utk memajukan negara demi balik ke semenanjung wahahahahahah.Pejam celik pejam celik betul kata member baikku nasir bilal khan..eh silap nasir ismail.1 sept tarikh keramat yang tak berapa nak keramat bagi ku dan rakan2 yg berada di selangor....macam nak teriak jer...berpisah semuanya, perjuangan harus diteruskan nasir....mungkin nx time hari kita pulak sirih pulang ke junjung.Bila terkenangkan merdeka nie aku tak terasa sangat lah sekarang nie...tak de semangat tu pon....taknampak pon bendera berkibar kat sini....ada ke??entah nampak cam takde...ke aku yg khayal...hahah.Merdeka waktu bulan posa kot....semua duk tahan lapar dan dahaga...nak kibar dan laungkan merdeka pon tak de semangat.

Sunday

Rezeki bulan ramadhan...........

Musuh jangan dicari rezeki jangan ditolak, Alhamdulillah..itulah perkataan yang mampu ku ungkapkan...yelah last week aku ada story about the lucky draw...di hypermarket berdekatan rumah aku....hadiahnya berupa myvi untuk Grand prize, 1st prize TV LCD, 2nd prize peti sejuk, 3rd prize mesin basuh and the res adalah voucher belian sebanyak rm100...huh berpeluh aku dibuatnya bila menunggu keputusan lucky draw tu...seramai 47orang yang akan diundi untuk mendapat kan hadiah.Hadiah nie sempena Anniversary yang pertama oleh Hypermarket Emart. Satu demi satu count down di buat, berdebar debar jantung aku dibuatnya sehingga hampir tak nampak langsong orang di sekeliling menunggu keputusan.....kepanasan badan ku naik sehingga 3degree pada yang asal....walaupon aircond yang menyelubungi semua kawasan bangunan..........tup tap tup tap....sedar tak sedar dah tinggal orang yang ke sepuloh masih tidak disahut lagi yang manusia yang diberi nama AZLAN. Dalam kotak fikiran ku adakah ini satu impian yang benar benar menjadi kenyataan??Myvi ini adakah milikku....ahrrrghh dah tinggal 4 orang waduh masih lagi announce bukan namaku....eh masih menghantui adakah sampul dalam kotak aku tu hilang....dan akhirnya myvi bukan milikku, hanya peti sejuk cap toshiba mampu milik sahaja dalam tanganku.......dan faktanya myvi memang dalam igauan..huhu..memang buat suspend betul...mana taknya dari 47 orang coundown aku dinobatkan dengan hadiah 2nd prize. Alhamdulillah syukur pada Allah kuucapkan rezeki bulan posa...dan aku percaya dengan selawat atas nabi dan bissmillah sebelum melakukan sesuatu tu ada hikmah semuanya.....rezeki aku di sarawak..kalau aku tak duk sarawak tak pulak aku dapat peti sejuk nie...tapi nak letak bahagian mana yer peti sejuk nie....hampir semua sudut umah dah penuh???????huhuhuuuuuhuuhh







Pic sebelum aku dinobatkan pemenang tempat kedua seluruh negeri sarawak heheheheh

Serbu ke Bazar ramadhan SATOK....

Semalam aku ke Bazar Ramadhan satok. actually kalau koranng tak tau satok nie adalah salah satu kawasan di Kuching...banyak kedai2 bank bertumpu di kawasan ini...Alkisah aku semalam berbuka di luar restoran green house..sekali sekala pekena berbuka di luar. emm sambil menunggu ke tempat berbuka aku singgah lah di bazar ramadhan satok......kita tengok apa yang ada..depa kata banyak makanan kat sini...nak kata sedap kena beli lah dan rasa.........jom kita tengok...............................................




Keadaan bazar ramadhan satok.........
ops kebab...cam biasa semenanjung pon ada kan.....

ikan terubuk bakar...antara juadah berbuka puasa rakyat sarawak.

emmm..tapai pulut pon ada???


Ntah aku pon tak ta kuih apa nie...tapi pernah beli pulut inti ayam atau daging rendang...



cam biasa ayam bakar ala masakan sarawak...

Putu mayaung ..kalau aku panggil nie putu mayam



Siap ada banner perasmian lagi tuuu.......


ini cucur udang nampak gaya...popia dan satu lagi aku tak sure lah kuih apa..

Popular Posts