Geng Kembara Perantau

Tuesday

Fikirkanlah


Tentukan arah dan tujuan anda dengan bijak, hahahah tetiba nak membebel...dah lama nak mencoret dan berkongsi cerita begini..tapi malas nak menaip...ada satu kisah menarik yg aku baca..tajuknya adalah " Sanggupkah anda mengahwini diri anda?..menarik tak??hahah tersengih aku melihat tajuk nie...dan duduk terpaku seketika...bersandar pada kerusi. Aku pun berfikir dengan berbagai persoalan. Jika aku berjumpa dengan seseorang (yang mana adalah diri sendiri ) sanggupkah aku mengahwininya......hukhuk...karakter yang sama, kelakuan yang sama, percakapan yang sama sanggup tak?

emmm aku mula terpikir..mahukah aku menjadi kawan aku...boleh ke aku percaya diri aku?dapat ke aku menyintai diri aku....

dan dengan pertanyaan yang lain pembaca boleh fikirkan...dalam persoalan yang baru....contohnya seperti adakah aku suka pekerja seperti aku? adakah aku suka anak yang seperti aku juga.....emmm pelikkan soalan ini.Tetapi amat menarik bila pertanyaan lain lagi di buat... adakah aku suka menyayangi diri aku sendiri? Boleh percaya ke aku dengan diri aku sendiri?boleh tak aku bekerja dengan diri aku semua pekerja sikap seperti diri aku sendiri....huaaaaaa gilakan...tapi tidak..fikirkanlah...

Bila aku fikirkan balik sebenarnya memang betul setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan tersendiri yang Allah jadikan...jadi kita perlu ubah sedikit demi sedikit untuk melakukan yang lebih baik....


emmm Kejayaan!!! ada usaha ada kejayaan....cuma bila berjaya... di mana berjaya ...kita tidak pasti....tapi dengan ada usaha Insyaallah ada hasilnya...ada satu ayat yang juga sangat menarik " berusaha lah supaya ada kejayaan kelak!" dan ada ayat yang lebih senang difahami..." minumlah air itu supaya hilangkan dahaga. dan Ulangkajilah buku itu supaya mudah menjawab peperiksaan. Jadi bila kita dalami semula ayat "berusahalah supaya ada kejayaan " macam pasti je kan.....emm faham tak? Satu lagi yang penting,kita perlu pohon pada Allah yang esa atas apa yang diusahakan.


Ada kisah pendek yang benar2 memberi kesan, cuba fikirkan...

scenario 1

Aku berjalan seorang diri di tepi lorong yang ada lubang dan aku terjatuh ke dalam lubang itu. Aku mengambil masa yang lama utk keluar.emmm lalu aku berkata "bukan salah ku apa yang terjadi.

scenario 2
Aku berjalan lagi di laluan yang sama dan aku terjatuh dalam lubang yang sama, seperti sebelumnya aku ambil masa yang lama utk keluar dari lubang itu. "kali nie memang salah aku"


scenario 3.

Aku berjalan di lorong yg sama juga dan sekali lagi jatuh ke dalam lubang yang sama. emmm dah menjadi satu kebiasaan. Apa yang terjadi memang disebabkan aku sendiri. Aku terus keluar dengan pantas dari lubang itu.

scenario 4

Aku berjalan di laluan yang sama tetapi hanya lalu di tepi lubang itu pula.....hehehe

dan Scenario 5

Aku dengan bangganya lalu di laluan yang berlainan.......


Ingatlah wahai kengkawan sekalian, sebenarnya setiap yang diinginkan tersangat lah boleh cuma cara atau kaedahnya yang berbeda, sama ada lama atau pun sekejap.....kita akan mencapai kejayaan dengan izin Allah s.w.t.......


Hayatilah kata kata ini...

Andai kita tidak boleh terbang, berlarilah. Andai kita tidak boleh berlari, berjalanlah..jika kita tidak boleh berjalan, merangkaklah, tetapi walau apa pun berlaku kita perlu usaha dan berusaha untuk bergerak...jgn berhenti!

2 comments:

  1. perghhh!!! mantop bro! ni yang rasa macam nak frame tampal kat dinding nih... hehehe... ;p

    ReplyDelete

Popular Posts