Sebelum tidur kebiasaanya aku akan menyibukkan diriku dengan pembacaan buku2 yang lebih santai dan tidak berapa berat utk dipikul sebelom tidur...hehe agar tidurku dibuai mimpi2 yang indah2 :p. Alhamdulillah bila kita baca buku2 yang menggeletek minda dengan kisah kisah penceritaan yang berkaitan dengan kehidupan, kita akan lebih rasa matang dan rasa segar sentiasa dari rohaniah mahupun zahiriah. Adus terasa dahaga pulak tekak ku...aku meneguk air masak yang dah ada di sebelahku....sambil menekan butir butir huruf papan kunci komputer ini satu demi satu....rasanya nak tidor tapi masih ingin menyiapkan coretan ini dulu. Bagiku sejak berada di Sarawak ini, aku dapat meluangkan masa untuk membuat blog/diari ku sendiri untuk dikongsi bersama2 teman.......
Ada satu kisah telah aku baca di mana seorang pemanah muda yang hebat, di mana dia merupakan pemanah yang terbaik di negaranya. Panahan yang di buat amat tepat dan sentiasa tepat dengan sasarannya boleh diberikan 99%....dari jarak yang sangat jauh.Bakat si pemuda ini dikagumi oleh negaranya dan ramai yang ingin menjemputnya memberikan ceramah dan memberikan tips bagaimana teknik yang hebat itu boleh dicontohi. Tetapi kesemua tawaran dan jemputan telah ditolak sehinggakan ramai yang bertanya, kenapa tidak mahu menyampaikan sebarang ceramah? jawab si pemuda hebat itu " saya tidak tahu apa yang nak di cakapkan..."
Emmm beberapa lama kemudian, sebuah Universiti dimana tempat beliau pernah belajar telah menjemput untuk merasmikan kelab memanah yg baru ditubuhkan. Emm dia pun terpaksa menerima pelawaan itu kerana teras terhutang budi dengan universitinya.
Maka, hari hari yang dinanti telah pon tiba, ramai penonton dan tetamu yang hadir ke majlis perasmian tersebut sehinggakan ada yang terpaksa balik hampa kerana tidak dapat memasuki dewan tersebut. tibalah saat yang ditunggu oleh penonton...dewan itu sunyi sepi menanti dengan penuh ghairah heheh ayat tak syg mulut....(teruja) Pemuda itu ke pentas dan tersenyum sambil bertanya..." siapa yang ingin menjadi pemanah? "kesemua penonton mengangkat tangan...Bagus kata si pemuda itu....Dengarlah nasihat sayayg saya ingin mengatakan hanya sekali saja...
Nasihatnya adalah, anda semua harus pergi ke medan memanah, "ambil busur dan anak panah dan mulalah memanah." dan pemuda tadi terus berjalan ke kerusinya terus duduk....semua terdiam bagaikan ada malaikat yang lalu.....semua terdiam dan tanpa berkata2 dengan ceramah yang paling pendek, mungkin penonton terkejut dengan ceramah yg amat pendek itu, semua tertanya2 apa yg telah terjadi? Cuba pecahkan kepala sambil fikir sejenak..kita hanya perlu memanah!!!! Usah pandai berkata2...bertindaklah!!!!make a move.......
Aku dah mengantuk pon terpaku menyingkap kembali cerita itu, bagaimana ingin menjadi penceramah seperti pemanah hebat itu dengan hanya sependek ayat diberi....tetapi mencengkam, persoalannya sudah kah kita mengabil busur dan anak panah dan mula memanah..ataupon hanya melihat busur dan anak panah melekat di dinding rumah...adakah kita hanya byk bercakap tetapi tidak pernah menggunakannya? dan fikir jauh sikit apakah sebenarnya busur dan anak panah kita? korang nak jadi pemanah ataupon penonton?masih nak simpan dalam almari sehingga berabuk...bila nak keluarkannya..bila???? Moralnya aku dapat semua perlukan tindakan dan jangan hanya menjadi penonton kadang kadang perlu menjadi pemanah juga.........
Aku dah pun mengambil busur dan anak panah dan dah pun mula berlatih memanah selama yang perlu sehingga dapat memanah dengan tepat.Aku perlu bertindak sekarang....tetapi harus diingat tidak semua pemanah yang pertama tepat....kan?Namun aku pasti dan pasti suatu hari anak panah aku akan mula mengenai sasarannya dengan tepat sekali. Aku tahu aku akan berjaya dengan izin ALLAH..............
Marilah bloggers memanah, tentu seronok dapat memanah bersama2.......anak panah korang sasaran korang, anak panah aku sasaran aku lah...........Bagaimana????jom aku tunggu korang di medan panahan.....................Insyaallah
huh! semakin berfalsafah nampak skang... bagus2... usaha tangga kejayaan... chayok! chayok!... ;)
ReplyDeletemenarik entry nie...memberi pengajaran di kala aku tengah xtau nak panah kat mana...
ReplyDeletep/s: aku xpernah pegang panah dan busur...sekian...hehe
best tu memenah..sunnah nabi 2...
ReplyDelete