Geng Kembara Perantau

Saturday

-SAKIT LUTUT-

KNEE INJURIES-ACL( ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT) TEAR






Semalam, aku bermain bola bersama dengan officemate. Diorang buat perlawanan Senior vs Junior. Sepatutnya aku dah memang tak boleh main disebabkan ACL pada lutut. Terasa nak main dan actually dah 2 kali lutut aku meletop, krapp. Adus masa kena tak dapat nak dibayangkan, tapi tak serik...kemahuan memang tinggi, tetapi terbatas dengan ACL pada lutut. Yelah rasanya baru 6 tahun aku tak bergerak secara aktif main bola padang.Bila main dan tak fit pada tahun lepas..emmm tu yang parah lutut tu...dengan stamina dan skills dah hilang. Turun padang terus main amik ko....itulah padahnya. So nak diceritakan semalam aku tengah main dah separuh masa pon....sambil berlari nak mengejar bola krapppp..macam korang kunyah keropok keping bunyinya. Adoi..kena lagi dalam hati aku terdetik, tapi ni lebih kuat daripada biasa. Emmm terpelecok lah aku dan terguling kat padang. Aku dibawa keluar dipapah oleh kengkawan. Huhuh..masih boleh jalan....no worries.

Aku rasa ramai yang kurang pengetahuan tentang ACL pada lutut. Normally kecederaan lutut boleh berlaku apabila

1- Terpelecok secara tiba tiba sewaktu bermain bola, keadaan ini berlaku semasa berlari dengan pantas dan menukar arah dengan tiba tiba.

2- Semasa berlari terpijak tanah yang uneven( tak stabil)

3-Memusingkan badan tetapi kaki masih tetap ke tanah.

4-Jatuh dengan kekok, situasi ini terjadi semasa sedang melompat atau membuat tandukan/menendang bola.

5-Dan di kasari pihak lawan.

Kelima lima kejadian ini berlaku apabila lutut akan berbunyi krappppp dan terpelecok ke tanah dan pemain akan rasa kesakitan. Jika berlaku sedemikian 99% pemain mengalami ACL pada lutut /ligamen ACL telah putus dan cedera. Akibat dari kecederaan itu pemain akan mengalami bengkak selama beberapa minggu dan akan kembali pulih. Akan tetapi kejadian sama kaan berulang sentiasa semasa bermain. Walaupun kecederaan telah lama sembuh dan tidak bermain beberapa tahun. Semasa pemain hendak dribble atau memijak tanah yang tidak rata kejadian pasti akan berulang. Bila ia berlaku untuk kali kedua, sakit tidak seperti kali pertama dan hanya akan baik dqalam 2-3 hari sahaja. Perkara yang sama akan berulang setiap kali bermain. Ada sesetengah akan bermain lagi dan ada yang tidak akan bermain untuk selama lamanya.

Untuk pengetahuan semua, Jika ke klinik / hospital kecederaan ini tidak boleh dikesan melalui x-ray, Ia nya boleh dikesan melaui MRI SCAN. Jika pemeriksaan di klinik hanya membuat Xray pastinya tiada kesan diperolehi dan DR akan memberi ubat tahan sakit je ler...huhuhu. Perlu diingat sekiranya terpelecok terlalu kerap kesakitan akan menjadi kronik. Bila nak buat sesuatu sepert solat adus sakit sampai tak boleh bengkok. Kasihan kan? Bila umur masih awal 30-an. kemahuan ingin bermain masih tinggi tetapi lutut tidak mengizinkan.

Rawatan perlu dibuat sebelum menjadi kronik, biarpun lama tidak bermain masalah akan timbul apabila umur lewat 50an, dimana pesakit tidak boleh berjalan dan duduk dengan betul



Rawatan pembedahan.
· Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan kedalam sendi.
· Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakkan sendi lutut ke keadaan asal.

Rawatan pembedahan gantian ligamen ACL dilakukan dengan menggunakan bantuan teknik artroskopik, iaitu menggunakan kamera kecil serta peralatan canggih yang dimasukkan ke dalam lutut sewaktu pembedahan dilakukan. Teknik ini mengecilkan lubang atau hirisan yang perlu dilakukan dengan pembedahan konvensional atau terdahulu. Menyebabkan masa pemulihan serta sakit dari luka pembedahan berkurangan.

Antara pemain bolasepak profesional yang telah kecederaan ACL mereka dan kembali aktif pada peringkat antarabangsa adalah:
· Ruud Van Nistlerooy
· Roy Keane
· Paul Gascoigne
· Alan Shearer
· Del Piero
· Gustavo Poyet
· Ruud Gullitt

So kesimpulannya....pada mereka yang di luar sana mengalami kecederaan lutut serius, cepat cepat dapatkan rawatan, tapi yang empunya blog pun masih takooot nak pi hospital....heheheheh. kalau tak 3-4 bulan le duk umah MC.

15 comments:

  1. Kalau anda mempunyai simptom sakit lutut/sendi atau bengkak, kebas cuba dapatkan minyak DABUS aromaterapi. Sapu di bahagian yang sakit 3-5 kali sehari. Sakit anda akan beransur kurang selepas 1-2 hari.

    ReplyDelete
  2. tq for info....sy dah 2tahun dah kena tp buat xtaw bulan letak dy krakkkkk skali g n kesakitan nya memang unbelieveble laaaa memang hanya allah ja taw bila p jumpa doktor dy ckp ligamen putuih...so thanks for this info

    ReplyDelete
  3. thanks for the info. ligment ni boleh cedera atau terputus masa excident gak mcm saya. skag dah dua tahun mc sejak excident. dah buat 4operation. yg ke 5 kena tugu lg 2 tahun untuk tulag rawan lutut tumbuh br bole buat operation pcl n acl.

    ReplyDelete
  4. thanks for the info. ligment ni boleh cedera atau terputus masa excident gak mcm saya. skag dah dua tahun mc sejak excident. dah buat 4operation. yg ke 5 kena tugu lg 2 tahun untuk tulag rawan lutut tumbuh br bole buat operation pcl n acl.

    ReplyDelete
  5. Saya juga pernah sakit lutut. Saya guna minyak Dabus. Alhamdulillah sekarang dah tak sakit lagi

    ReplyDelete
  6. Kat mane nak dapatkan minyak dabus tu?

    ReplyDelete
  7. Kat mane nak dapatkan minyak dabus tu?

    ReplyDelete
  8. Salam...
    Minyak dabus bole dapat di alamat n jumpa kak azimun
    No 32A,jalan pinang c/18c,seksyen 18,40200 shah alam....
    - dekat ngan klinik siti hajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deegate marketing sdn bhd, bole search kat internet for detail

      Delete
    2. Deegate marketing sdn bhd, bole search kat internet for detail

      Delete
  9. kerap kebas kaki x? saya kerap kebas...saya dah 8 tahun.. tak pernah terima rawatan.. :'(

    ReplyDelete
  10. kerap kebas kaki x? saya kerap kebas...saya dah 8 tahun.. tak pernah terima rawatan.. :'(

    ReplyDelete
  11. Ada juga produk terbaru dari PRO Kas. Kita cuba semua rawatan kalau boleh. Baik rawatan doktor atau rawatan alternatif. :)

    ReplyDelete

Popular Posts