Sebanyak 51 lelaki ditahan di dua pusat urut yang menawarkan khidmat seks sesama jenis di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Mereka yang ditahan kebanyakannya lelaki Melayu. Awang geleng kepala. Menurut kenyataan polis, ketika diserbu terdapat ratusan kondom termasuk yang sudah digunakan.
Kelmarin, tujuh lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan gay ditahan dalam serbuan polis di Pulau Tikus, Pulau Pinang.
Awang paparkan kedua-dua serbuan tersebut untuk renungan kita bersama. Jumlah tangkapan itu mungkin kecil tetapi Awang mendapat tahu kegiatan gay di kelab, spa dan pusat urut semakin menjadi-jadi. Sebahagian premis gay untuk berhibur beroperasi secara sulit. Kalau dibongkar habis-habisan, 'penemuannya' pasti menggerunkan.
Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan generasi kita dalam tempoh lima, 10 dan 20 tahun lagi? Awang sudah lama bimbang dengan ancaman homoseksual termasuk di negara ini. Masyarakat kita bagaikan kembali leka. Seks luar tabii mempunyai sejarahnya tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan kemusnahan bandar Pompei, Itali.
Sebab itu, Awang boleh faham mengapa ada negara seperti Uganda bercadang mengenakan hukuman mati ke atas mereka yang terlibat dengan gejala seks sejenis dan luar tabii.
Dalam pada itu, Awang tertarik dengan berita peletakan jawatan seorang menteri di New South Wales, Australia selepas kecenderungan seksual luar tabii terdedah kepada umum. David Campbell, 52, akhirnya mengakui beliau seorang yang 'dua alam' setelah berselindung mengenainya selama 25 tahun. Banyak lagi kisah pemimpin yang sedemikian pernah didedahkan di seluruh dunia. Lambat laun ia akan terbongkar walaupun ditutup dan cuba dinafikan.
Serbuan di kelab gay dan kisah Campbell, hanya cebisan. Cabarannya apa lagi yang kita tidak tahu tentang gejala gay termasuk yang melibatkan individu yang kita tidak duga...
Geng Kembara Perantau
Saturday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hai salam satu Legoland, :)) As previous entry, i was planned to fly to JB and bought Legoland tickets to fill in my daughter in her schoo...
-
Assalamualaikum semua, Haiiiiiiiii...lama tak jumpa kengkawan blogger yek! Apa kabor semua, dah nak hujung tahun baru nak muncul kembara p...
-
PIC raya aidilfitri .... Salam dan Selamat Hari Raya Korban untuk semua umat islam diseluruh pelusuk dunia, di celah celah dunia, tak ...
-
Assalamualaikum, Cuti sekolah korang tak kemana mana ke? Bestnya korang ada kat semenanjung kan? Macam aku ni agak susah sikit nak kena be...
-
Salam....Sapa nak jadi Boss angkat tangan....emm sudah pasti ramai yang angkat tangan dan ade juga segelintir yang tidak berani memikul tang...
No comments:
Post a Comment