Geng Kembara Perantau

Saturday

ATAS PAGAR!!!! :) SPAIN VS HOLLAND

KUALA LUMPUR 10 Julai - Pasukan bola sepak Sepanyol menjadi pasukan pilihan kebanyakan Menteri Kabinet untuk muncul juara Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menamakan pasukan pilihannya kerana bagi beliau Sepanyol dan Belanda sama hebat.

''Dua-dua pasukan sama hebat malah dari segi kemampuan kedua-duanya boleh dikatakan hampir sama.

''Saya tidak kisah pasukan mana yang menang asalkan saya seronok melihat pasukan terbaik menang," katanya yang pernah meminati pasukan Brazil dan England ketika belajar dulu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih Sepanyol untuk muncul juara berdasarkan kemampuannya menewaskan Jerman 1-0 pada saingan separuh akhir.

"Saya pilih Sepanyol kerana pasukan itu berjaya menewaskan pasukan pilihan saya iaitu Jerman," katanya.

Antara yang memilih Sepanyol ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memilih Belanda untuk menjadi juara.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution memilih Belanda begitu juga dengan wakil rakyat Bebas, Datuk Ibrahim Ali yang meminati pasukan Oranje.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara kedua-dua pasukan itu akan berlangsung pada pukul 2.30 pagi esok.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts