Geng Kembara Perantau

Tuesday

Singah masak jap...

Emm tentu korang pelik dan ajaibkan? tetiba saja aku nak post kan cara masak puding cheese cracker....kebetulan je nie..masa di opis..aku nampak adalah makcik nie berborak tentang nak buat CHEESE PUDING...aku cuba dekat dan nak tahu....wah ade Cara nak masak...hehe dengan tanpa rasa malu2 aku terus meh nak copy...balik minta wife aku buatkan.....Korang nak tahu sejak dah hampir 2 tahun aku di Sarawak barulah aku sedar yang orang2 di Sarawak nie sangat sukakan kek....pelbagai masakan kek diorang pandai...masalahnya sedap gilak...bab ni memang aku respect sangat....mantop!!!! Dan aku perasan yang kebanyakkan kek dibuat mesti asasnya ade cheese.... So untuk closing malam nie sebelum aku beradu, aku nak write down, How to make PUDING CHEESE CRACKER.... Jom tengok... Bahan -Bahan :

  1. 30gram Agar-agar

  2. 1/2 bungkus biskut Salt Cheese Cracker ( ditumbuk halus)

  3. 1 tin susu cair ( tin tinggi)

  4. 1 tin susu manis ( tin rendah / tinggi)

  5. 250gram mentega

  6. 5 biji telur

  7. 1 gelas gula ( or 5 table spoon)

  8. 2 sudu teh tepung kastard

Cara Caranya ;




  1. Masak agar agar dengan 4-5 gelas air dan 1 gelas gula

  2. Pukul telur hingga kembang, masukkan mentega , susu cair, susu manis, cheese cracker yang ditumbuk halus tadi dan tepung kastard digaul sehingga sebati

  3. Masukkan adunan 2 kedalam agar agar sehingga masak

  4. Masukkan keadaan bekas ( container) dan sejukkan

2 comments:

  1. Dah siap apa lagi? pos la ke JB..hahaha

    ReplyDelete
  2. cayalah bro..cm berminat je ni...haha dok kena kek lapis je boring gak kan!!

    ReplyDelete

Popular Posts