Geng Kembara Perantau

Wednesday

Rindu pada yang asal............

Salam, agak lama aku tidak berblogging..mungkin tidak ada mood nak menulis walaupun sebaris ayat...Selepas aku menerima text dari Arwah Nasir " salam bro..aku masuk wad KT smalam..mungkin kna tahan lama..sakit tekak..suara tkde,tkleh cakap,makan minum..td masuk kamera kt hdung-esok ct scan" terhenti di situ...28/02/2011 waktu tu jam 1210tgh malam....aku baca dan jawab text nya sejam lepas tu....senyap sampai esoknya petang ada memberku call aku bagitau arwah masuk ICU dan koma....dan pada pagi tu aku sms lagi tanya kan arwah ok tak????masih senyap, tak pula aku telefon sebab katanya dia tak leh cakap....bila dengar jer terkejut aku...nak menziarahi arwah jauh..aku di Kuching...dan kebetulan aku dah beli tiket pada 11/03/2011 dan niat aku nak kesana pada 14/03/2011....dan kalau nak tahu tarikh tu juga arwah meninggalkan kita... waktu tu dalam perjalanan lagi 30 minit nak sampai ke Hospital besar Kuala Terengganu panggilan dari member aku yg bertugas di Terengganu, aku pon dah bagi tau kat diorang...apa2 call aku. Khalil org pertama menelefonku mengatakan arwah dah tiada.....Ya Allah semoga arwah di tempatkan pada org2 yg beriman. Sampai jer di Hospital terus aku meluru ke Bilik ICU di katil arwah. Aduh sebak rasa...terus aku ambil surah yassin dan terus membaca...suaraku tersekat2 membaca kerana sedih melihat arwah...Arwah macam tau2 jer aku nak sampai hari tu...dan sempat aku menatap wajahnya dan mencium dahinya.....cuma sebelum arwah menghembuskan nafas beliau...aku tidak sempat dan masih dalam perjalanan. Tapi aku rasa lega kerna masih sempat menatap wajah arwah walau seketika biarpun aku jauh beribu batu memisahkan lautan di kepulauan borneo ini.


Rindu pada yang asal...itulah ungkapan yang aku tak boleh lupa. Ungkapan ini dibuat oleh sahabat baikku Arwah Nasir Ismail Memang banyak kenangan kenangan yang kami buat masa di Selangor.(sewaktu arwah dan aku bertugas bersama). Setiap pagi selama hampir 4 tahun, kami bersarapan bersama..kalau aku lewat beliau akan menunggu di tempat ku ..sebelum beliau atau aku sampai di opis...kami akan call bertanyakan wei ko sampai dah?aduh memang sayu aku rasa....bagaimana dengan anak2 nya...aku harap isteri dan anak2 beliau tabah menghadapi dugaan ini...Aku halalkan semua untuk arwah....Nasir Ismail. Al Fatihah...

2 comments:

  1. salam, ramai yg sangat merindui arwah apatah lg kalangan keluarganya...apa pon itu sudah takdir Ilahi...Allah menyayangi arwah terlebih dahulu.

    Terima Kasih segalanya bg pihak kelurga arwah.

    ReplyDelete

Popular Posts