Geng Kembara Perantau

Saturday

Perlu Berubah....Jika ingin berubah




GOAL..........


Biasalah bila tibanya tahun baru..macam macam azam. Perubahan yang memang sentiasa diperlukan oleh setiap insan, perubahan itu perlu jika kita mahukan perubahan........Jangan kita salahkan keadaan bila buat perubahan..teruskan usaha

"Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita kata kita sudah gagal" kata kata ini telah keluar daripada yang mengeluarkan ayat Melayu mudah lupa... hehe tentu korang tau kan siapa.

Matlamat perlu disasarkan jangan kaburkan matlamat, cuba korang tengok pemain bola sepak...semua nya bermatlamat..matlamatnya untuk meboloskan jaringan goal!!!! Mereka bukan hanya mengelecek, mengacah, menyepak & menepis....tetapi niat untuk menjaringkan goal.......jadi Kita perlu tahu target di mana untuk kita serang...sia sia jika tahu mengelecek dan tidak menjaringkan matlamat.....Jadi jangan sesekali korang fikir korang telah gagal, kerana kegagalan yang difikirkan boleh memudaratkan. Setiap yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti..dan dalam surah Al insyirah ada disebut " Sesungguhnya bagi setiap kesukaran akan ada kesenangan " Percayalah.................

Jadi pada tahun ini jadilah kita orang yang bermatlamat dengan niat untuk menjaringkan gol dengan terus menyerang dan serang ........................huhhuuhu...

1 comment:

Popular Posts