Geng Kembara Perantau

Friday

LEGOLAND

Hai salam satu Legoland, :))

As previous entry, i was planned to fly to JB and bought Legoland tickets to fill in my daughter in her school holidays to be there. And we were there!!!!! WOWWW...very impress on that environment..ala baru legoland dah nak gila..biasajer actually, pergi Makkah lagi teruja tau dan x payah nak heran sangat..no wonder most of the comers are from Japan, Phillipines, MatSalleh yg aku tak tanya coming fromwhere ?( x sempat nak buat survey daa) dan that am thinking the higher numbers in the Legoland are Singaporean.Certainly the comers from Singapore are the highers ranking, it is because of very near to be there, Along the weekends, Partial of the Johor economies is generated by Singaporean buyer.They buy the house at Johor land and make it their asset. So no wonder, when you see on the road it is alot of cars with singapore plate numbers.Huh...Legoland is the well initiative of the Johor Gomen to grow up the economy for attraction other country/ foreigner  to come here. With regard for kids yang nak ke sana...i suggest better siapa yang ada anak below than 3 years old, pls make sure those have got very ideal high, bukan apa....every entrance of the games shall be measured and strictly not allow to whom below the requirements.

If you wanna know, Ramai lak org luar compared with local. I meant orang kita x ramai sangat.. mungkin diorang dah sampai earlier than us. yelah masa openings on last September. After this post entry, I will be shared with you on the pictures of Legoland...ada dlm camera belum di transfer ke PC lagi.hehehe tunggu ya. So today is the last day in JOHOR, i was spent for 3 days in Johor absolutely for School Holiday. for today probably, i have planned to go to Hello Kitty. It is unplanned schedule. Special request from my daughter maaaa. For your info, Hello Kitty are nearby with Legoland. Also around Nusajaya. Nantilah aku cerita pasal Hello Kitty okay!!!! bye...

Wednesday

CUTI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum,

Cuti sekolah korang tak kemana mana ke? Bestnya korang ada kat semenanjung kan? Macam aku ni agak susah sikit nak kena beli tiket terbang lagi...grrrr klua pulus terlebih lebih pulak.Korang just isi minyak pi jer mana mana nak pi....betul tak. Huh....mengeluh pulak dah. Dah 3 tahun tak payah lah ko nak ngeluh lan..Beli jer lah tiket nak kemana tuuuu? orang suh plan awl awal taknak..bila mahal padan muko ekau..huhuhu.

Dalam fikiran aku nak bawa anak aku jalan2 tapiii di mana yek? cuba korang tengok kat bawah tu mana yang menarik?

1. Sarawak is not included in list k, but untuk korang dari semenanjung pls come to learn how the culture, food and beverage, feel driving at here & so on. this is beautiful environment yang takde di semenanjung. be ur experience once in your life.

2. Aku terpikir nak ke Langkawi, amacam setuju? kat sana  ade cable car yg terpanjang di Asia kot...emm boleh beli belah..emm boleh jer perabih duit kekeke. Tempat pun cantik2

3. Apa kata ke KL ? uhhh nak ke kl pi kidzania..ok ke? tapi situ jelah..Petrosains untuk kanak2 pon ok..tapi dah pegi 2 kali this year gara gara anak aku yang tak puas. Nasib baik ada staff kad diskaun..boleh la menampung kemurahan dari harga asal. :) Kedekut jugak aku ni...hahahah. Bila dah ke PETROSAINS dekat jer nak ke Aquaria.Tapi for sure agak tiring bila dah masuk salah satu tempat tu. Yelah bila dah ke Petrosains bapokkkk jauh nak pusing..naik tangga turun tangga..bila dah habis round aduyai penat pakcik nak ke Aquaria. Better try to visit lain hari derrrr...baru semangat lain hah. Kalau korang larat dan bersemangat waja aku x jadi masalah

4. Sunway Lagoon, emm dah pergi kalau yang tak pernah pergi boleh jer...lagoon camni kat gambang Kuantan pun ada..untuk yang berada di kawasan pantai timur dekat jer x payah ke Sunway Lagoon..lebih kurang sama.

5. Aku rasa memang dah confirm aku nak pergi Legoland kat Johor......apa lagi carilah ticket, Confirm best nya sebab belum pernah pergi..eh eh aku pulak yang excited..hehehe. Anyway, jom cari website dan beli ticket segera........... www.legoland.com.my 



Dan aku dah pon beli tiket ke Legoland tuuu Oleh it aku sarankan supaya belilah secara online...klu beli walk-in mahal sikit lah...jom jom.....terbaikkkkkkk!!!

ME On Routine Life

Assalamualaikum semua,

Haiiiiiiiii...lama tak jumpa kengkawan blogger yek! Apa kabor semua, dah nak hujung tahun baru nak muncul kembara perantau ni yek. Sambil tengok Kuch Kuch Hota Hei sambil pegang Ipad sambil intai intai blog sendiri, dah lama tak berupdate. rasanya kena bagi nafas untuk blog ni, dah lama sangat dah takde seri gitu. Seperti biasa aku baru dlm 4 hari pulang dari tengah laut. Laut yang penuh dengan macam macam cerita. Bad weather nya, rought seanya, intrusionnya. Baru kau tahu sekarang real situation. Dulu hanya mendengar, membaca apa yang ade di offshore bila dah onboard serba serbi dah tahu. Almost a year am in this company, pejam celik pejam celik tak rasa lama pon. Begitulah bila terlalu sibuk ke sana ke mari, dari start dari rumah berkereta then berflite then berchopper dan sometimes berboat. Menjadi lumrah dari dulu hingga sekarang kehidupan penuh dengan pengembaraan. certainly korang rasa cam susahkan. emmm bila dah biasa semuanya hanya dicelah cari...cuma masa nak mula tu agak kekok..bila dah biasa...no hallah.

Kehidupan kerjaya aku ni perlu ade pengorbanan, cuma surrounding kita need to understand for everystep that we were  sacrifice. kalau yang tak paham tu susahlah sikit. So far Alhamdulillah semuanya ok. Currently am on offweeks so within 2weeks ni macam2 boleh buat. Nak bangun lewat, nak ke sana nak ke sini..emmm tekan je paddle janji kereta berminyak :) . Tentu korang jeles bila aku takde kerja dlm masa 2 minggu ni....tapi as you know that im working for everydays during onboard.Early morning jam 530 dah kena bangun awal..maklumlah subuh di sana awal sangat. waktu siang pon cepat...jam 610 gitu dah terang berderang..matahari dah mula senyum untuk dunia. ...

Seawal jam 6-630 masing masing breakfast kalau tak pon ada yang just minum air dulu sementara join meeting sambil minum air. Rasa awal sangat pulak nak makan pagi..so kebiasaanya kitaorg akan makan after meeting finished. Meeting pon x tentu kadang2 abis awal dan kadang kadang melarat sampai jam 9. Yang tak bestnya bila daily crew arrived from Fast Crew Boat emm ramailah pulak berebut huhuhuhu. Ops tentu korang nak tahu daily crew dtg untuk apa. Actually, Everyday we have got dailycrew yang datang untuk perform tugas masing2 dari semua task. Dari A to Z gitu..maintenance, services dari semua segi. Itu baru yang dailycrew, emm tapi ada yang aku belum share lagi...barges, kapal kapal besar yang dapat project besar besar gitu semua akan longside kat platform aku. Those yang datang semua nya untuk membantu dengan berbayar untuk lakukan kerja kerja dalam bidang masing2. diorang ni datang macam supporting untuk repair atau tambah atau service apa yang patut. Kalau takde diorg semua ni dah tentu sunyi sepi la platforma aku tu dioranglah yang datang buat meriah sikit. So ramailah member member boleh kenal especially dari Malaya...

Kalau nak tahu aku kat atas sana kerja 12hrs setiap hari sampai crewchange. Crew change ni macam handover pada crew yang sebelah yg dah abis off dan akan mula gantikan kitaorang...semuanya nya untuk menyambung mendapatkan minyak dan gas untuk Malaysia dan keperluan rakyat.... tersenguk senguk aku dah ...tilam dah panggil tu...sib baik Isyak dah beres...hahaha. gud nite geng!!!!

Life On The Platform






Hari ni dah hari yang ketiga aku bertugas, emm selepas beraya sakan dengan anak aku dan isteri aku, ke sana kes ini. Anyway biasalah bila nak start benda yang dah lama rehat, mulalah perangai buruk spt, bosan, ngantok sangat pagi2 walaupon dah mandi k. Perkara routine yang perlu di buat masa bertugas, Every morning 6.30 we have got morning meeting. Memag wajib before starting the work activity, that means update setiap kerja yang nak dilakukan. Kalau x update mak ai, macam mana nak tau status kerja betul tak kawan kawan.Masa nie lah nak tembak orang nak sergah orang nak advise orang hahahah, tapi bukan secara melulu, secara profesional..kang tak pasai pasai aku kena campak kat laut kang :).

Menunggu ketibaan daily trippers, usually contractors lah yang akan datang untuk menkompletekan kerja kerja yang tertangguh semalam. Everyday macam tu...rajin mereka nak cari nafkah untuk famili ,pagi naik boat petang pon balik naik boat. Hehehe dok macam aku  every crew change will take off by chopper....huhuh just take around 20min to be touching down at airport Miri. Well perkara yang amat membanggakan bila nak sampai airport..macam org hulu nak masuk bandar....since 2 weeks on the platform nak balik tu bila nampak batu bata..rasa tersenyum keseorangan...huuuuu lega, baru nampak dunia sebenar yang asal heheh. Nampak kereta lalu lalang, nampak rumah , nampak jalan raya..macam2 di kepala otak aku lahh..macam ni lah hidup di perairan....haa sapa suh keje sini...hehe. Ini lah pengalaman yang aku takkan lupa, niat dan keinginan ku utk ke sini dah pun terlaksana...Alhamdulillah.

Actually aku type nie sementara menunggu boat utk ke satellite platform, so buang masa sikit lah..nak menunggu contractors dari Pulau Melayu ( darat ) makan masa 40 min kot...nanti aku cerita macam mana perjalanan diorng dlm boat k. nanti cerita banyak2 bosan pulak  readers. Ok lah ek...esok atau mlm nie aku try to be continueeeee... daaaa.

Thursday

Bulan Ramadhan....2012







Assalamualaikum readers and bloggers di luar sana, tak kisahlah yang ada di benua afrika ke, negara matahari terbit ke, Negara2 komanwel ke, negara negara bersekutu ke, negeri negeri selat ke dan sewaktu dengannya.

Lama dah tak berblogging dan rasa cam tak fokus pulak nak berblogging....Oh lupa pulak, hari baik bulan baik ni aku nak ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa bagi yang beragama Islam. Bila dah mula macam macam rasa nak menaip tapi bila dah lebih 10min duduk mengadap komputer certainly rasa perkara yg tak mampu nak lawan iaitu kesedapan tidur waktu2 begini...uh makruh pulak puasa aku nanti..takpe tahan2...

Di Kuching ni macam biasa seperti tahun tahun lalu....bila bulan puasa pagi pagi agak sesak dengan jalan yg belum siap...jalan yg sempit nak lalu kawasan rumah aku ni dah pun dibesaran jadi bila menunggu siap kena tahan lagi lah dengan sesak sesak lagi.  Actually tomorrow is the day aku will take off ke platform aku. Dah 2weeks aku berpuasa dengan anak dan wife aku..so another 2 weeks will be at platform ler. Ini first time aku akan berpuasa di tengah tengah laut. Pengalaman ini akan aku jadikan cabaran untuk aku berpuasa di offshore. Yelah sebelum ini aku mana penah berpuasa di tengah tengah laut. Mungkin agak letih di sebabkan minggu ini minggu Turn Around untuk platform aku. Ramai lah Personel onboard. Tapi aku hanya kan ke sana selama x sampai 14 days. Aku amik cuti lah..heheh. The actual date yang sepatutnya crew change is 17 Ogos, but im taking A.L awal 3 hari....nak raya maaa....so apa lagi takkan nak raya kat platfom. Pulak tu on the platform x ramai muslim, lebihnya non muslim...agak tidak best la kan...sebab kawasan SKO ( Sarawak Operation) ramai lah bangsa lain. Kalau kes PMO ( Peninsular Malaysia Operation) Mostly orang orang kite...bila solat raya cukup korum dan dah tentu meriah sangat. Tapi yang penting aku dapat balik raya..InsyALLAH.

Today petang aku dah ready nak ke miri sebabnya aku akan naik chopper dari airport sana. So kena bermalam di miri lah jawabnya. Inilah rutin aku yang perlu aku lakukan. 

Sewaktu aku berada di rumah aku bukannya rehat sangat di rumah.Ada tugas yang perlu aku lakukan..menjadi driver kepada Anak dan isteri ku hehehe. Takpa lah berkorban sikit sebab 2 weeks kerja dan another 2 weeks hantar diorang la... 


Nak cerita pasal puasa kat sini dah tentu aku nak share pasal bazar ramadhan di sini. Sebelum ni aku puasa bekerja...tetapi sekarang aku rileks dan amik dan hantar anak dan wife aku...so sempat lah aku menjenguk bazar ramadhan yang agakjauh dati rumah aku. Kebiasaannya, di sini kalau nak membeli kuih yang serupa dan bermacam aneka yang sama dengan Semenanjung, tak kira lah masakan pantai timur ke utara ke semua ada. KEM Tentera perinson lah jawabnya!!! Boleh dikatakan semua jenis kuih ada, dari yang susah sangat nak cari kuih yang orang sarawak tak buat kat kem tentera tu semu aada...cuma sedap atau pon tidak jer. Kalau nak tahu, di kem ni banyak kuih tu di sebabkan ramai yang tinggal adalah rakyat semenanjung. Kalau orang Sarawak panggil orang Malaya..uh pelikkan....hehe org malaya. Macam org bangla pulak..hehehe. Biarlah apa nak diorang kata tapi dengar  sinis ler jugak..ah biarkan lah janji tak gangu diorang. 

Bulan puasa ni aku ada plan nak tukar kerera mewah aku ni iaitu Viva kuasa kuda..heheh. Emm tulah nak tukar kereta hadiah untuk wife aku lah. Kemungkinan besar MYvi ler jawabnya. Dah recce banyak kali ke perodua..so bulan ramadhan jugak jadi cerita. Alhamdulillah dah approve pinjaman kereta dengan Maybank. Nasib baik proses cepat. Kalau lambat aku dah minta salesman tukar buat di bank lain. Sebab aku ada pengalaman dengan loan rumah aku yang banyak kali aku call dan update emm tapi lembab dan aku apply di bank lain....dah approve dari aku asyik ding dong dengan pegawai bank maybank tuuuuuuuuuuuu. Alamak bulan puasa terkutuk pulak...grrr..tarik balik lah..free jer turun pahala puasa aku..heheh.


Viva ni kemungkinan akan di ambil pada sebelum aku balik raya. InsyALLAH before 15 Julai nie. Dan sekarang apa yang aku tunggu plate num yang nak aku sama kan dengan kereta yang satu lagi...hopefully dengan izin Allah dapat lah. Aku nak plate Sarawak untuk jadikan memory buat kami sekeluarga yang pernah diam di Sarawak ( diam tu bermaksud tinggal ) heheh. InsyALLAH apa yang dirancang dipermudahkanNYA. Aku gak tergesa nak ambil Myvi ni yang berplatekan Sarawak sebab wife aku dah dapat tukar ke Semennjung dan most probably di Bangi. Asalnya dapat di Klang tapi ada competitor dari Sibu yang minta balik juga. So Boss besar wife aku akan buat swapping antara diorang yang akan ada ksosng di Bangi..so be patient laa. Mudah sikit nak hantar anak aku dan dah ready rumah di sana. Bukan apa Bangi nie best sebab aku dah pernah tinggal sana sebelum berhijrah ke sini. Aku pula tiada masalah just naik flite to miri terus Sepang. Hanya tambah lagi 1hr 30 min. Currently aku just spend 1hr from Miri to kuching. 





Myvi Extreme yang akan menjadi milik wife aku..hehehe. Post sikit.....Ok lah nie buat pegi office dan hantar anak aku sekolah everyday.



Dalam masa 2 minggu ni adalah dalam 2 kali aku berbuka puasa di luar bersama anak dan wife aku. Saja nak rasa angin luar, dan nak appreciate kat anak aku yang puasa penuh ni...pada awal nya najihah ni tak dapat berpuasa sebab demam. Now dah boleh puasa....masa nak start puasa tu agak letih aku tengok najihah ni..tapi bila dah selesa hari hari berikutnya dah ok tak de masalah...biasalah masa nak start tu agak susah. Macam macam kerenah nya. Ingat lagi aku masa waktu dia di taska ABIM waktu nak ambil air solat boleh die pegi minum sekali sambil kumuh hahahahah. Balik cerita kat aku dan wife..gelak aku...emm bila dah bersama kawan kawan macam macam kerenah ler...Aku pun masih teringat masa darjah 6 tak silap aku...waktu tu mak aku baru lepas buat kuih raya. Kalau dulu kuih raya ramai yang buat sendiri tapi bilamakin maju dah malas aku tengok diorang nak buat kuih ..zaman dah berlalu....semua berubah denga secara perlahan. Aku sure yang you all juga ramai yang suka order jerkan....tapi kalau ada yang masih buat sendiri baguslah. Wife aku ni kalau buat kuih yang terpilih jer...dia takkan buat banyak sangat....banyak beli lerrrr. OPsss terlajak pulak pasal kuih raya yang mak aku buat tu...aku senyap2 ke dapur buka balang kuih raya aku makan......tanpa ada minum air pon...begitulah setiap kali puasa...tapi bukan hari2 ler...ikut mood. Aku tak makan curi2 benda lain just ambil satu jer kuih raya...hahahahahah. Banyak pulak aku menulis today...takpelah bukannya kerap sangat dah aku berblogging nak singgah kat blog kawan2 pon dah jarang bukan apa, aku maleh betul nak buka internet nie....










Destinasi ke Labuan thru KK from Miri

                                                Menu Mas Wings :), Destination Miri ke labuan.


                                                              Kota Kinabalu for second times
Dimulai dengan Assalamualaikum. Semalam aku baru tiba di Kota Kinabalu untuk kali kedua. Kali ini dengan temanku Ezam. Kami terpaksa turun ke KK untuk ke Labuan atas sebab flite direct dari Miri ke Labuan fully booked. So we are ready to touch down ke KK...Agak singkat masa ke KK mencari hotel yang berdekatan dgn Airport.Bukan apa mudah bila awal pagi nak ke Airport tak lah sibuk berebut dengan org nak pergi kerja.Flite aku dari KK ke Labuan is 730Pagi. Aku terpaksa bangun awal jam 530Pagi untuk mengambil van yang disediakan utk Guest ke Airport. Emm agak bagus service nya...so far aku tak de lagi jumpa service hanta ke Airport...emm agak jimat hehe.

Sunday

Congratulation bro...UPPROFFIT


Wah Congrat fauzi, dapat Galaxy Note dengan contest yang Denai Hati buat...memang bergaya sori lah aku colik pic ko ni...terkezut gak aku tgok ko dapat free.emm aku kena beli tau nak dapatkan smartphone tu...huhuhuh. So mintak maap lah yer...sebelum ko post aku post dulu...hahahah.


Tak sangka aku...bila pulak aku nak dapat ek dapat free cam tu best jugak.....kalau bloggers nak tahu Fauzi nilah yang buat aku nya header, kalau nak harapkan aku emmm mana nak tahu bab adjust adjust ni. Fauzi nanti lain kali ko masuk lagi peraduan cam tu banyak banyak pas tu bagi aku k...hehehe

First time to Labuan

Esok 21st May, aku akan bertolak untuk ke Labuan.Tapi aku kena singah Kota Kinabalu disebabkan air ticket fully booked dari Miri ke Labuan. So Aku perlu singgah ke KK bermalam dan pagi lepas subuh terus ke Airport KK untuk bertolak ke Labuan. Aku dengar cerita budak yang baru nak masuk matrikulasi datang untuk pendaftaran...Sumber yang aku tahu ni kerana Officemate aku juga menghantar anak dia untuk ke Matrikulasi Labuan.

Oleh itu aku kenalah ambil Hotel di KK... Aku lihat HR dah reserve kan aku hotel Le Meredian. Kalau tak silap aku dekat dengan Pasar Philipine. Mungkinlah....Sebelum ni aku dah ke sana dengan wife dan anak aku. Jawabnya ini adalah kali ke dua aku ke KK walaupun hanya bermalam tetapi untuk ke Labuan adalah pertama kali dalam hidup aku ke sana. Apa yang ada ek di sana?Kata diorang tempat bebas cukai, kalau bebas cukai biasanya coklat, rokok dan minyak wangi yang agak berpatutan harganya. Tapi murah mana aku pun tak sure....nanti kita tengok k.

HUJAN OH HUJAN




                                                               In front of rumah sewa aku


Hujan di Miri sekarang...rasanya agak lama tak hujan begini. Sejak akhir akhir ini seolah olah bumi di kawasan miri ni merajuk tidak mandikan bumi. Mana taknya panas terik dan bila waktu malam berpeluh kalau tidur bila penangan haba dari siang hari.....Aircond ada tapi jarang di pasang so, masa ni ler ambil kesempatan on aircond. Memadai sedikit nyaman dan lena sikit tidur dari kepanasan. 

Teringat pulak masa kecil kecil bila waktu hujan lebat confirm air naik. Bila naik dah tentu nak banjir.Keadaan ini berlaku masa aku balik kampung jer...dulu sistem perparitan tak begitu bersistematik air cepat sangat naik. Jadi masa ni lah budak budak besar aku yang waktu ni umur dalam 10-12 tahun..main air. Masing masing Mencari rakit @ pelampung @tube tayar yang besar tu..aku pun tak pasti tayar apa ntah. Lori kot!!! Bila di kampung rumah kayu bunyi hujan yang jatuh atas atap genting@ zink..emmm bisingnya memang kuat sangat. Tapi itu kenangan masa budak budak dulu. Kini zmaan mungkin dah banyak berubah. Pembangunan dah macam cendawan tumbuh....tiada lagi aktiviti kampung yang sejati di Semenanjung. Tapi mungkin di Sabah Sarawak masih banyak....sebabnya aku kata begitu, bila aku berada di perantauan kepulauan borneo ni, Masih banyak kehidupan perkampungan dan masih dalam keadaan  10 tahun lepas kita di Semenanjung. Masih ada lagi mandi parit...Mungkin ada di semenanjung tapi tak jumpa depan mata aku sekarang.
Kebiasaanya weekend, aku sentiasa balik ke Kuching tapi bila fikirkan biar minggu ni jer berkorban sebab next week aku dan anak dan wife aku akan pulang ke tanah air untuk bercuti. Najihah dah cuti sekolah so nak bawa dia jalan jalan serta jumpa Mak Tok dan  Ayah Kinya, Atok dan Neneknya di Kampung. Emm sambil mengupdate blog aku ni...hujan pun dah berhenti seolah olah tau yang aku dah nak selesai untuk post entry ni...... 

Saturday

Banyak perlu diuruskan bila resign from Government



Fuh bila dah berhenti ingatkan mudah, kena ke sana ke mari untuk settlekan macam macam hal, rumah perlu di refinance, semua hutang perlu di uruskan sebaik baiknya...hutang oh hutang. Nak refinance pun lambat, nak tau sebab apa? sebabnya kamik tinggal di Sarawak ni Aset di Peninsular....emm almaklumlah, macam kerenah , banyak charges yang diperlukan, biasal la kalau dah minta perkhidmatan untuk suruh itu..ini..bayar lah beb.

Aku rasa sampai bulan ni masih belum settle, kadang kadang nak marah pun ye jugak, nak selalu kena follow up..sakit jiwa lak rasa.Itu hanya luahan sementara dan bukan ambil hati pun heheh. No EPF, INCOME TAX semua kena korek balik, Nak dikemaskini dengan company baru lah. Dulu mana ada tolak KWSP masa di Gomen sekarang emm memang kena fikirkanlah, pencen dah tak dapat dah....

BOSET


Actually dah lama aku nak post kan entry ini, tapi kekangan kerja yang tak  mengizinkan...emm ditambah dengan keletihan...

               Kesejukkan..huhuu. Masa ni baru lepas buat Helicopter Underwater Escape Training

Sebelum ke Offshore seperti yg korang tau, Aku wajib mengambil  BOSET Latihan ini harus dilakukan sebelum pergi ke Offshore, dipanggil BOSET(Basic Offshore Safety Emergency Training). Training ini semua yang dah biasa ke offshore memang dah familar with this term "BOSET". Sedikit gambar sharing untuk kenangan dan tatapan readers. 

Im back on the new era

On the platform

Assalamualaikum for all of readers and geng bloggers,

As usual  bloggers & readers dah tau yang aku ni dah ke alam pekerjaan baru. Mungkin the venue that i worked is difference but the environment quit similiar with my previous previous ( 8 years ago) :). Agak lama juga aku tak berblogging dan tanpa sentuhan sentuhan penceritaan aku yang tak seberapa ni ada juga yang menunggu hahaha ( perasan jer). Well, as my new job certainly i'm facing with new work load. Dengan kata lain ( busy ). Busy la sangat..... :)

Thank a lot for visitors were dropping by and tinggal jejak on my blog, nak hit back tak terjejak. Anyway i will try my best to visit back. So today i wanna story about my new platform. Alhamdulillah serta ku panjatkan doa kepadaMU ya ALLAH agar perjalanan hidup kembara perantau ini berjalan dengan lancar. Yang berlalu biarlah berlalu, ku lakarkan hidup baru supaya ia lebih bermakna dari yang sebelum.

Last 2 months, I have reported duty at KLCC level 27 for a days. Departed from Kuching to KL menaiki pesawat MAS yang membolehkan aku claim balik ticket pergi dan balik :). Sehari di sana bukan buat apa pun, seperti biasa aku dan new comers yang lain diberi short brief regarding our right. Bila dah resigned from gomen, pension pun will not get so have to ready for KWSP & EPF  Incometax yg banyak huwaaaaa. Many outsiders were asking about this priority. Tepuk dada tanya selera.. It may good for me but may not good for u. Langkah yang penuh bermakna perlu di teruskan dan tinggalkan yang banyak menyakitkan. This is my ultimate goals that i have to proceed.

Kerja yang aku lalui sekarang mungkin banyak berbeza so mental, working hours perlu dijaga. Bila sebut working hours ni maksud aku bukanlah tak cukup, bagi aku berkadar terus dengan hasil yang kita buat dan apa yang diberi. Boleh dikatakan Deliver Beyond expectation adalah diutamakan. Pandai pandailah memberikan yang terbaik untuk company baru ni.

                                                 Helideck, Tempat chopper landing

Perjalanan ini mungkin berbeza dari yang sebelum, banyak juga rintangan dan cubaan yang aku perlu lalui....buat masa sekarang ni lihat dan serasikan, Maklumlah bekerja dengan ramai bukan bangsa kita agama kita..jadi persiapan mental perlu kuat. Kelebihan aku bila dah 2 tahun lebih di kuching jadi tidak banyak masalah lah untuk menyesuaikan diri di tempat baru ni. 

Friday

My last day in the office

<

Huwaaaaaa, huwaaaa. 27.01.2012 kenangan terakhir di Pejabat Sarawak. Goodbye!!



Today is the last day i will be leaving the department since worked almost 8 years. I think never miss anything in my office. Last week pun aku dah mula mengemas, so tak lah mengelabah saat saat akhir. Nak kata sedih, sedih cuma meninggalkan kawan kawan rapat sahaja. Kalau nak tinggalkan department yang aku kerja rasanya tidak. Dulu yelah di Selangor tapi di Sarawak tak rasa apa pun.

Seperti biasa kalau dah nak tinggalkan pejabat, aku ambil peluang bergambar kenangan bersama officemates. Yelah nanti bila dah ke tempat baru, boleh jenguk jenguk gambar kenangan bertugas di Sarawak. Aku publish la sikit untuk tatapan pembaca. Kita jumpa di episod yang baru Next Week.




Bersama office mate 27.01.12
Tempat yang telah di handoverkan pada Pegawai lain....


Sunday

Waiting for a new challenge, 2nd February 2012


My Offer letter of PCSB SDN BHD. Terima kasih pada yang terlibat :)

Akhirnya , hasil usaha dah pun terjawab, bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, tetapi usaha, doa and "not give up is ladder of success". Adalah impian aku ingin kembali bernaung di bawah syarikat Oil & Gas Malaysia setelah aku hampir sepuluh tahun aku tinggalkan. I was the results of the students Petronas. Now, I come back as a Executive,PETRONAS to contribute an experience and the knowledge when searching for travel as a KEMBARA PERANTAU hehe nak jugak letak Kembara perantau :)

2nd February 2012. Aku akan melaporkan diri ke tempat baru, dunia baru yang sedikit mencabar. Within 2 years sejak aku menjejak kaki ke land of horbills ada lah 8 -9 kali aku ditemuduga. Dan sejak aku dengan Gomen selama hampir 8 tahun nie aku di naikkan pangkat adalah dalam 2 kali. Bukan senang aku nak keluar, bila temuduga soalan yang pertama dan jawapan pertama diorang, you are the youngest candidates in this interview. Fuhhh so faham2 jelah yang calon2 lain umur hampir 40 dan 40an ke atas. Aku baru 32, hehe baru dan dah cecah 33 tahun nie.. nak gaji besau2 tapi muda sangat.

Apa??? korang nak tau gaji yek. Emmm aku just bagi hint jelah yek...as a government servant and in the comfort zone, haruskah aku keluar dengan hanya gaji yang naik sedikit dari sekarang.For sure bukan ayat sombong yang aku nak luahkan, cuma dlm govermnt nie sangat selesa, dan tak perlu nak bersusah payah, benefit gila gila, allowance sana sini. Cuti aku 30 hari gaji aku hampir 5k. Aku maybe dah selesa..tentu ada yang tertanya tanya kenapa aku perlu tinggalkan semua itu. Biarlah kenangan aku hanya di sana, kenangan aku bersama anak dan wife aku semasa mula2 join Gomen hingga sekarang, pahit manis kami tempuhi bersama sehingga kini.Kenangan manis ku bersama sahabat baikku Arwah Nasir Ismail semua tu biarlah kenangan yang banyak mengajar erti kehidupan. Akan ku bawa sebagai petunjuk dan kompas aku bila ke tempat baru. Aku sebenarnya mencari kepuasan dan mencapai cita citaku di mana dan sebenarnya bila aku usahakan sesuatu ada ruang dan peluang lagi untukku melontar jauh panahanku ini. Biar panahan bermakna bukan panahan kosong yang tidak hasilkan sesuatu. Tak sabar rasanya untuk aku kongsikan kerja baru dan tempat baru......alam baru bersama keluarga tersayang.

Aku perlu moving on , dan tidak ku lupa looking back walaupun sesaat untuk melalui landasan baru aku. Agar landasan ini tidak tergelincir dan dirahmati ALLAH swt. Insyaallah.

Pesta Mercun kembali...

Gambar hiasan ku pinjam..

Salam, :) wah semalam berdentum dentam bunyi mercun dan bunga api dimainkan. Pada mulanya aku ingat kan diorang dah berpuasa nak main mercun, mungkin tahun jimat cermat kot. yelah biasa sebelum 1weeks nak sambut tahun baru diorang dah kedengaran. Tapi terkejut juga aku dibuat nya hampir sejam lebih kedengaran bunyi mercun dan cahaya bunga api di kawasan kuching nie. Sharp jam 12 tgh malam boom. hai macam berpakat pulak aku fikirkan manusia bermata sepet ni. Mana taknya, hampir serentak sehingga jam 1pagi lebih. Sesiap yang ada anak kecil tu hehehe.. dah tentu panas telinga, tak tenteram...mereka peduli apa... asal dapat bakar duit pada malam tu sehabis mungkin.. lebih dasat dari kita yang menyambut Aidilfitri. Malam tadi hujan dan masih lagi berlawan memainkan mercun masing2..Maklumlah kehidupan di taman area rumah aku ni..tak semua melayu, masyarakat majmuklah katakan semua bangsa ada. 1 malaysia..tapi Indian susah sikit nak cari...kedai mamak pon susah sangat, nak pekena roti canai pon susah, nasib baik ada lah satu tempat di kawasan rumah aku ada. Bolehlah jamah kalau mengidam nak makan roti canai mamak dan teh tarik satu........huhuhu.


p/s : Kenapa raya kita ramai yang putus tangan, putus hidung, putus telinga, putus kaki...tetapi raya si apek ni tak de kedengaran pun ada yang putus dan terbakar???? Dasyat betul diorang kan...walhal sama jugak mercun. Tapi mungkin mereka tak sehebat kita pandai mencipta mercun..hehheh

Only a months to say goodbye for my office mates


Sejak 2004 aku mula bertugas sebagai seorang G..... servant, di mana bermula report duty pada tanggal 16 Februari 2010 di Putrajaya. Wilayah yang seGah namanya waktu itu. Seakan bermimpi dapat memakai pakaian budak pejabat. Long sleeve, neck tie dan berkasut kulit. Actually itulah igauan aku masa bekerja kilang dulu...huhuhu. Previously aku bekerja hanya asyik melihat pipeline yang besar besar, valve, asyik meneliti parameter such as temperature, level and the pressure for every side. Dan tak kurang juga chemical smell in every corner. Sadis betul..bekerja bagai nak rak ada troubleshooting sangat perlu berhati hati. Takut juga all times need to be monitors.

Nak dijadikan cerita, Department ni dengan sesuka hati memanggil aku untuk ditemuduga. Kali pertama untuk awal tahun 2003 aku ignore, emmm boleh ke aku kerja nie..cam gaji kecik jer..heheh dihitung2 turun juga gaji dan takde overtime gila2. Biasalah kerja industri sangat memerlukan overtime untuk gaji lebih. So aku abaikan dengan bangganya. Kawan kawan aku kutuk gila gila punya. Dan nak lagi dijadikan cerita hujung tahun 2003 aku dipanggil lagi untuk ditemuduga, juga dalam Department yang sama. Wah.. I need to try and think well to join them. Early 2004 aku dipanggil untuk bekerja. Bila dihitung hampir 8 tahun aku bekerja tetapi sebelum aku join department ni aku bagaikan tahu aku akan keluar satu masa nanti. Di sini hanyalah sebagai batu loncatan to gain knowledge. Finally, this year i will move to new company.

Aku rasa kenangan yang membawa aku semangat untuk teruskan hidup bermula dari kelemahan dan memperbaiki dengan melakukan terbaik untuk my future.. Cuma satu nasihatku tak semestinya orang yang diam tidak berisi dan bukannya orang pandai berkata kata pandai melakukan kerja. Hakikatnya semua yang pandai berkata kata hanya omong omong kosong untuk menarik perhatian. Di sini banyak berlaku keadaan yang aku ceritakan. Sejak 3 state aku bekerja, Mostly orang di G..... melihat kepada yang pandai berkata kata tidak kepada kualiti kerja. Berubahlah jangan menindas orang dengan hanya berlagak pandai tetapi nothing!!!!!!!! Eh macam salah tajuk pulak aku tulis..hehe anyway Gud Luck to those out there. Mulakan tahun baru ini dengan macam macam urusan yang perlu dipertingkatkan dan dengan penuh determination.

Friday

Musim Hujan 2012 dan Najihah darjah satu.. :)

Assalamualaikum, rasanya belum terlewat untuk empunya blog ni mengucapkan Welcome 2012. Agak kekok rasanya kerana sudah agak lama tak menari jari jemari melentukkan diri ke arah keyboard untuk berbicara dan berkongsi penceritaan. Macam biasa aku terpaksa membersihkan sawang sawang dan debu debu di Blog aku ni, biasalah bila hujung tahun banyak benda perlu dibuat dan diuruskan untuk menutup tirai tahun 2011.

Sambil menaip, hujan di kawasan kuching ni tak henti henti, 2 hari lepas agak keterlaluan cuaca tanpa henti dari pagi hingga ke petang hujan turun dengan lebat. Biasalah bila dah hujan berkaitlah dengan jammm...emm lewat le jawabnya sampai di tempat kerja. Masing masing berhati hati membawa kereta. Minggu ni anak aku dah pun memasuki alam persekolahannya, dah pun masuk ke tahun satu. Dah tua lak aku rasa....excited bukan main dia, dengan beg sekolah baru, kasut baru, baju baru. Hari pertama, i was taking annual leave untuk support anak aku yang dah mula ke alam persekolahan sebenar. Start year 2012, i must get up early than before to be sending my daughter to go to school. Nak kena hantar sebelum 7.30am, ini bukannya kindergarden situations, ini dah ada guru disiplin, guru besau memantau....


Dated Dec 31,2011. Registration day

First day in the School. Jumpa member Kindergarden lak...posing jap
In the classroom, Fuhh nasib baik tak crying huhuu. Maybe dah excited nak ke school.



Bye... bye.. nak balik sekolah dah!!


Banyak perlu diubah dan diuruskan untuk tahun 2012 ini, rezekimu YA ALLAh amatku hargai dan aku harus BERINGAT supaya tidak alpa dengan pemberianmu ini. Usaha dan usaha akhirnya menjadi kenyataan. So aku harus manage for my life and family very well. It will change totally in my life and my family. Oh aku lupa yang aku dah achieve at number of 33years old. Baru tadi terperasan yang dah naik satu angka dari 32. Rasa macam muda lagi, heheh tapi umur bukan penghalang untuk tuhan ambil nyawa kita. Menjadi pengalaman dan kenangan apabila peristiwa dengan kematian sahabat baik ku Nasir Ismail dan recently kematian officemate aku juga telah meninggalkan dunia ini buat selama lamanya. Masih bujang dan umurnya below than 30. Bukan cancer, bukan jantung, bukan darah tinggi...tetapi suddently dia meninggakkan kami. Agak terkejut, hanya demam on and off boleh membawa maut. Bila dengar2 banyak benda pelik berlaku.Tetapi itu semua sangkaan dunia. Tetapi Allah lebih mengetahui dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

Yang hidup perlu teruskan perjuangan demi keluarga dan mencari jalan yang terbaik untuk bekalan ke Akhirat sebagai seorang Kembara yang singgah dibumi ALLAH. :)


Popular Posts