Geng Kembara Perantau

Friday

Musim Hujan 2012 dan Najihah darjah satu.. :)

Assalamualaikum, rasanya belum terlewat untuk empunya blog ni mengucapkan Welcome 2012. Agak kekok rasanya kerana sudah agak lama tak menari jari jemari melentukkan diri ke arah keyboard untuk berbicara dan berkongsi penceritaan. Macam biasa aku terpaksa membersihkan sawang sawang dan debu debu di Blog aku ni, biasalah bila hujung tahun banyak benda perlu dibuat dan diuruskan untuk menutup tirai tahun 2011.

Sambil menaip, hujan di kawasan kuching ni tak henti henti, 2 hari lepas agak keterlaluan cuaca tanpa henti dari pagi hingga ke petang hujan turun dengan lebat. Biasalah bila dah hujan berkaitlah dengan jammm...emm lewat le jawabnya sampai di tempat kerja. Masing masing berhati hati membawa kereta. Minggu ni anak aku dah pun memasuki alam persekolahannya, dah pun masuk ke tahun satu. Dah tua lak aku rasa....excited bukan main dia, dengan beg sekolah baru, kasut baru, baju baru. Hari pertama, i was taking annual leave untuk support anak aku yang dah mula ke alam persekolahan sebenar. Start year 2012, i must get up early than before to be sending my daughter to go to school. Nak kena hantar sebelum 7.30am, ini bukannya kindergarden situations, ini dah ada guru disiplin, guru besau memantau....


Dated Dec 31,2011. Registration day

First day in the School. Jumpa member Kindergarden lak...posing jap
In the classroom, Fuhh nasib baik tak crying huhuu. Maybe dah excited nak ke school.



Bye... bye.. nak balik sekolah dah!!


Banyak perlu diubah dan diuruskan untuk tahun 2012 ini, rezekimu YA ALLAh amatku hargai dan aku harus BERINGAT supaya tidak alpa dengan pemberianmu ini. Usaha dan usaha akhirnya menjadi kenyataan. So aku harus manage for my life and family very well. It will change totally in my life and my family. Oh aku lupa yang aku dah achieve at number of 33years old. Baru tadi terperasan yang dah naik satu angka dari 32. Rasa macam muda lagi, heheh tapi umur bukan penghalang untuk tuhan ambil nyawa kita. Menjadi pengalaman dan kenangan apabila peristiwa dengan kematian sahabat baik ku Nasir Ismail dan recently kematian officemate aku juga telah meninggalkan dunia ini buat selama lamanya. Masih bujang dan umurnya below than 30. Bukan cancer, bukan jantung, bukan darah tinggi...tetapi suddently dia meninggakkan kami. Agak terkejut, hanya demam on and off boleh membawa maut. Bila dengar2 banyak benda pelik berlaku.Tetapi itu semua sangkaan dunia. Tetapi Allah lebih mengetahui dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

Yang hidup perlu teruskan perjuangan demi keluarga dan mencari jalan yang terbaik untuk bekalan ke Akhirat sebagai seorang Kembara yang singgah dibumi ALLAH. :)


2 comments:

  1. Salam thn baru utk KP sekeluarga. Ayat2 terakhir menginsafkan dan menyentuh perasaan.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, Allah mempermudahkan urusan KP sekeluarga. Bait-bait terakhir itu memuhasabakan diri ini. Terima kasih atas perkongsian.


    rmn base lumut

    ReplyDelete

Popular Posts