In front of rumah sewa aku
Hujan di Miri sekarang...rasanya agak lama tak hujan begini. Sejak akhir akhir ini seolah olah bumi di kawasan miri ni merajuk tidak mandikan bumi. Mana taknya panas terik dan bila waktu malam berpeluh kalau tidur bila penangan haba dari siang hari.....Aircond ada tapi jarang di pasang so, masa ni ler ambil kesempatan on aircond. Memadai sedikit nyaman dan lena sikit tidur dari kepanasan.

Teringat pulak masa kecil kecil bila waktu hujan lebat confirm air naik. Bila naik dah tentu nak banjir.Keadaan ini berlaku masa aku balik kampung jer...dulu sistem perparitan tak begitu bersistematik air cepat sangat naik. Jadi masa ni lah budak budak besar aku yang waktu ni umur dalam 10-12 tahun..main air. Masing masing Mencari rakit @ pelampung @tube tayar yang besar tu..aku pun tak pasti tayar apa ntah. Lori kot!!! Bila di kampung rumah kayu bunyi hujan yang jatuh atas atap genting@ zink..emmm bisingnya memang kuat sangat. Tapi itu kenangan masa budak budak dulu. Kini zmaan mungkin dah banyak berubah. Pembangunan dah macam cendawan tumbuh....tiada lagi aktiviti kampung yang sejati di Semenanjung. Tapi mungkin di Sabah Sarawak masih banyak....sebabnya aku kata begitu, bila aku berada di perantauan kepulauan borneo ni, Masih banyak kehidupan perkampungan dan masih dalam keadaan 10 tahun lepas kita di Semenanjung. Masih ada lagi mandi parit...Mungkin ada di semenanjung tapi tak jumpa depan mata aku sekarang.
Kebiasaanya weekend, aku sentiasa balik ke Kuching tapi bila fikirkan biar minggu ni jer berkorban sebab next week aku dan anak dan wife aku akan pulang ke tanah air untuk bercuti. Najihah dah cuti sekolah so nak bawa dia jalan jalan serta jumpa Mak Tok dan Ayah Kinya, Atok dan Neneknya di Kampung. Emm sambil mengupdate blog aku ni...hujan pun dah berhenti seolah olah tau yang aku dah nak selesai untuk post entry ni......

No comments:
Post a Comment