Geng Kembara Perantau

Thursday

Migrain aku dibuatnya..


Yesterday and Today..Migrain aku dibuatnya....sampaikan terleka untuk sepanjang hari bekerja. Bukan apa banyak benda berlaku pada hujung tahun ni, macam macam nak dibuat mentang mentang bajet ada..terlebih2..semua nak perabih...kata takda duit. Tapi hujung tahun ke sana ke mari...pelik betul. Kadang kadang kelakar juga. Sampaikan auditor bersambung sambung. Tapi bila kita dapat selesaikan kerja kerja tu rasa puas hati biarpun rasa beban, bila beban itu dihasilkan dengan keikhlasan kepuasan pasti ada. Peluh tak menitik pun, baju tak kotor pon, nak kata letih bukan berlari pun, tapi otak berjalan..sebab 2,3 & 4 kerja perlu diselesaikan dengan segera. Dugaan....hehhehe. OK kita lupakan pasal kerja aku tu.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang , berubahlah segalanya, cara kerja, proses kerja dan tempat kerja.....heheheh. Emmm paham tak. :)...pandai pandai lah yek fikir, nanti bila terang sangat kantoi lak budak opis aku baca....harap takde kot. Ini namanya pengorbanan. Teringat sahabat baikku arwah Nasir berkata, bila nak balik lan? entahlah aku kata..tapi tengah mencari jalan....heheh. Jalannya kena usaha dan terus berusaha...rasanya macam hampir hampir...benda tu akan berlaku tapi biarlah ia berlaku dulu baru aku cite....

Esok nak keje, mata ngantuk lah pulak, tapikan waktu ni dah lewat di sini....sunyi gila. Tak macam di Malaya. Adus esok Meeting lah pulak, benda yg aku kurang suka...heheh.tapi redha jelah....

Saturday

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....

PIC raya aidilfitri ....

Salam dan Selamat Hari Raya Korban untuk semua umat islam diseluruh pelusuk dunia, di celah celah dunia, tak kira yang bekerja dan yang cuti sakan untuk menyambut raya korban ini. Sehubungan dengan itu diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Aku di sini tak balik raya, hanya beraya di Kuching, Sarawak..masuk tahun ni dah 3 kali raya aku beraya aidiladha di perantauan hehe.No hal lah..setakat raya haji ...cuti pun tak banyak. So inilah dinamakan korban. Sesuai dengan nama pengorbanan sebagai seorang penghijrah. Sesiapa yang senasib dengan aku anggap lah ini satu pengorbanan sempena hari raya aidiladha. Insyaallah satu pengorbana baru yang aku akan lalui......tungguuuuuu.

Popular Posts