Geng Kembara Perantau

Friday

Renung Sejenak....


"Alam ini adalah maha karya Tuhan, yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya. Hakikatnya alam ini adalah sekolah insan."
Bila berbicara tentang jiwa, hati, perasaan....kita perlukan kedamaian, ketenangan...bila malam2 begini...sunyi sambil muhasabah diri. Terfikirkan sesuatu di masa depan....apa perlu diuruskan, apa perlu diteruskan, sesuatu yang kita tak bisa andaikan dengan benar sebelum bermulanya esok..hanya merancang apa yang perlu. Kadang kadang tak semua yang dirancang menjadi, tapi tak semua tak jadi...cuma lambat atau cepat dengan usaha yang dibuat. Bila lihat orang lain mudah, kita rasa pun nak mudah..tapi cabaran yang kita tak nampak dengan mata kepala kita. Bila Allah menduga kita..dengan apa yang kita tak inginkan itulah namanya Allah nak melihat bagaimana kita dapat menempuhi ujiannya. Mengingatinya selalu itu yang penting. Tiang agama yang kita patut pertahankan, itu kunci utama walau di mana kita berada. Sembah kepadanya yang ESA...tiada yang lain hanyaMU YA ALLAH. Jangan waktu senang lenang kita lupakan, dan bila susah baru nak beringat. Ibaratnya biarpun perut kosong tiada diisi, ALLAH yang ESA perlu diingat sentiasa...
Ingatkan dah sampai ke destinasi atau dah sampai kemuncak, sebenarnya masih banyak yang perlu didaki...baru puncak pertama, puncak kedua belum pasti...Cuma kena berhati hati, apa apa pun boleh berlaku...entah esok, entah lusa semua nikmat boleh ditarik...Hidup yang penuh warna warni, siang silih berganti malam yang dihiasi kadang kadang dengan basahan hujan yang tak diundang...semua memerlukan antara satu sama lain. Kehidupan perlu diteruskan!! Ada yang sudah tiada, biarkan kenangan berlalu..kenangan yang mengajar kita berubah dan sedikit menduga..perit memang perit itu tak dinafi, pengorbanan adalah hasil paling indah sebenarnya. Warisan kita yang ada..darah daging kita yang ada perlu kita bentukkan dengan penuh kasih dan sayang, kerana tidak ada yang dapat dibayar selain itu. Hidup yang ada penghujung ini perlu diturap jalannya dengan baik walaupun ada selekoh selekoh yang sangat menakutkan, kadang kadang lubang lubang jalanan ini juga menyakitkan....emm bila dah biasa dah selalu terokai dan redah tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan. Semua jalan dan laluan yang ada boleh diteruskan dengan mudah walaupun masih ada rintangan. Allah tidak akan melihat hamba hambanya susah melainkan dirinya sendiri yang menempah kesusahan. Jadi, perjalanan setiap insan, anggaplah seperti kembara yang hanya hidup menumpang di bumi ALLAH...dan menumpang perlulah dibaja dengan sebaik baiknya supaya hasilnya nanti akan membuat kita tersenyum suatu masa nanti...masa itulah penentu arah kitaaaa....Wallahualam.
Hasil nukilan : Kembara Perantau




1 comment:

Popular Posts