Geng Kembara Perantau

Thursday

Migrain aku dibuatnya..


Yesterday and Today..Migrain aku dibuatnya....sampaikan terleka untuk sepanjang hari bekerja. Bukan apa banyak benda berlaku pada hujung tahun ni, macam macam nak dibuat mentang mentang bajet ada..terlebih2..semua nak perabih...kata takda duit. Tapi hujung tahun ke sana ke mari...pelik betul. Kadang kadang kelakar juga. Sampaikan auditor bersambung sambung. Tapi bila kita dapat selesaikan kerja kerja tu rasa puas hati biarpun rasa beban, bila beban itu dihasilkan dengan keikhlasan kepuasan pasti ada. Peluh tak menitik pun, baju tak kotor pon, nak kata letih bukan berlari pun, tapi otak berjalan..sebab 2,3 & 4 kerja perlu diselesaikan dengan segera. Dugaan....hehhehe. OK kita lupakan pasal kerja aku tu.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang , berubahlah segalanya, cara kerja, proses kerja dan tempat kerja.....heheheh. Emmm paham tak. :)...pandai pandai lah yek fikir, nanti bila terang sangat kantoi lak budak opis aku baca....harap takde kot. Ini namanya pengorbanan. Teringat sahabat baikku arwah Nasir berkata, bila nak balik lan? entahlah aku kata..tapi tengah mencari jalan....heheh. Jalannya kena usaha dan terus berusaha...rasanya macam hampir hampir...benda tu akan berlaku tapi biarlah ia berlaku dulu baru aku cite....

Esok nak keje, mata ngantuk lah pulak, tapikan waktu ni dah lewat di sini....sunyi gila. Tak macam di Malaya. Adus esok Meeting lah pulak, benda yg aku kurang suka...heheh.tapi redha jelah....

5 comments:

  1. Rasanya dh boleh tgkap apa yg dmksudkn. Kdgkala kehidupan tu perlukan perubahan yg memerlukan pengorbanan..

    ReplyDelete
  2. pcl pon dah dpt tangkap apa yg kamu maksudkan tu..adat org merantau kalau bole nk cepat2 balik...kan. Moga sukses!

    ReplyDelete
  3. Sabar lah bro..kita sama2 di perantauan haha..

    P/s: ayat last tu macam jujur je...nasib baik ada operasi time tu..

    ReplyDelete
  4. yang penting keikhlasan kerana ALLAH S.W.T

    ReplyDelete

Popular Posts