Geng Kembara Perantau

Sunday

Kursus di Ulu Langat

Sambil kursus, sambil tenangkan jiwa...hilang stress kerja bila dapat berkursus di tempat camni...dalam hutan lah,mana taknya dikelilingi pohonan hijau dan pokok pokok durian yang dah habis musim huwaaaa...ruginya. Saja nak habaq kat korang yang aku pi kursus di resort. Sekali sekala syok juga jumpa member member lama dan jumpa member office sendiri hehehe. Aku post gambar kenangan buat mereka yang terlibat, semua nie aktiviti pada bulan lepas....hhuhuu.....layan zassssssss


Wah macam tinggal di asrama dulu dulu jer...huhuu

Emm Officemates

Jom berweekend ke Semenggoh "WILDLIFE"


Nak masuk just RM3 per head.

Wah pagi pagi dah hujan, tot tot tot, kedengaran sms dari ridzuan (officemate aku). Kami plan nak ke Semenggoh. Sms nya berbunyi, nak pi macam mana hujan ni. Emm ye tak ye jugak tapi plan lepas lunch. Harap harap berhentilah hujan. Dalam jam 9 lebih hujan dah pon dah mula berhenti...nampak cuaca makin ok. Matahari mula menyinar tetapi ada sikit mendung. Insyaallah ok kot cuaca. Kalau tak tak boleh lah pegi ke Semenggong Wildlife.

Sebenarnya tempat ni adalah tempat Orang Utan datang untuk makan. Haiwan ini akan turun pada 2 kali sehari, iaitu jam 9 pagi dan waktu petang jam 3ptg. So plan aku nak ke sana lepas lunch. Sebabnya Orang Utan tu akan keluar mencari makanan jam 3 ptg setiap hari.




Short briefing dilakukan kepada semua pelawat/pelancong. Ini kerana ada pantang larang bila hendak menjenguk Orang Utan nie....Perkara yang dititik berat adalah :

1. Dont bring the food & beverage because it can attract the Orang Utans to go near with us.

2. Dont take the pictures with flash/ or switch on the flash on camera. It also can make them angry and will bite us.

3. Must be quiet, if somebody bring the baby, pls don't let them crying. It may dangerous. The Hot mama( Mom's Orang Utan) will be angry and be directly rushing go to the babies.

4. And dont be running and horseplay nearby, it will interrupt them to get the feeds.

tengok macam macam pantang larang, rasa nak keluar balik lak dari tempat tu hahahahaha. takuuuttttt huhhuhu




Ini adalah gambar mangsa gigitan Orang Utan yang disebabkan kelalaian semasa melihat Orang Utan itu, tidak mematuhi arahan di atas boleh mengakibatkan haiwan haiwan ini marah kerana menganggu di kawasan mereka.



Laluan untuk melihat Orang utan keluar mencari makanan.




Aktiviti mengopek /memecah buah kelapa.



Bergayut dah die...
Emmm ....dah dah. jom balik, panas sangat..yang keluar hanya 6 ekor dari dalam hutan. Bila tanya penjaga di sana, itu pon nasib ada yang tunggu tak keluar keluar, ini kerana sekarang musim buah jadi Orang Utan nie dah kenyang ler.....





Nak balik dah...

Saturday

DIAM!!!!!!


Aku terasa nak diam tapi sikit sikit berbunyi juga dalam blog nie..heheeh diam lama lama pun ada makna...hahahah. Kalau duk diam jer, tak terusik blog aku, berabuk dan berdebu, biar berbunyi sikit sikit asal ada ilmu yang dikongsi.


Untungnya kalau diam, diam merupakan satu perbuatan yang dikira untung. Perilaku yang sangat baik sekiranya berada di dalam masjid, Especially bila solat Jumaat tengah berkuthbah, diam adalah perkara mewajibkan. Mendengar perkara yang memuhasabahkan diri, jangan kita berbuat bising di mana habis semua kelemahan diri diketahui orang. Lebih baik berdiam diri, diam diam berisi, jangan asyik dok bising but nothing. Diam sambil berfikir, berbunyi apabila perkara penting dan memerlukan sesuatu penyelesaian yang memudahkan dan mengkritik kebaikan.

Namun perlu diingat tidak salah jika bercakap tentang ilmu dan mendengar kuliah, yang menjadi kontroversinya apabila bercakap tentang dunia, gosip, membuat ketupat, gelak tawa yang tidak bermotif, itu semua melalikan dan menghodohkan jiwa.

Ada sebuah hadis Nabi S.A.W, menyebut pada akhir zaman kelak, akan ada yang duduk di masjid dalam beberapa kumpulan, imam mereka adalah dunia.Oleh itu jangan ada yang duduk bersama mereka kerana Allah tidak memiliki kepentingan kepada mereka.

-SAKIT LUTUT-

KNEE INJURIES-ACL( ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT) TEAR






Semalam, aku bermain bola bersama dengan officemate. Diorang buat perlawanan Senior vs Junior. Sepatutnya aku dah memang tak boleh main disebabkan ACL pada lutut. Terasa nak main dan actually dah 2 kali lutut aku meletop, krapp. Adus masa kena tak dapat nak dibayangkan, tapi tak serik...kemahuan memang tinggi, tetapi terbatas dengan ACL pada lutut. Yelah rasanya baru 6 tahun aku tak bergerak secara aktif main bola padang.Bila main dan tak fit pada tahun lepas..emmm tu yang parah lutut tu...dengan stamina dan skills dah hilang. Turun padang terus main amik ko....itulah padahnya. So nak diceritakan semalam aku tengah main dah separuh masa pon....sambil berlari nak mengejar bola krapppp..macam korang kunyah keropok keping bunyinya. Adoi..kena lagi dalam hati aku terdetik, tapi ni lebih kuat daripada biasa. Emmm terpelecok lah aku dan terguling kat padang. Aku dibawa keluar dipapah oleh kengkawan. Huhuh..masih boleh jalan....no worries.

Aku rasa ramai yang kurang pengetahuan tentang ACL pada lutut. Normally kecederaan lutut boleh berlaku apabila

1- Terpelecok secara tiba tiba sewaktu bermain bola, keadaan ini berlaku semasa berlari dengan pantas dan menukar arah dengan tiba tiba.

2- Semasa berlari terpijak tanah yang uneven( tak stabil)

3-Memusingkan badan tetapi kaki masih tetap ke tanah.

4-Jatuh dengan kekok, situasi ini terjadi semasa sedang melompat atau membuat tandukan/menendang bola.

5-Dan di kasari pihak lawan.

Kelima lima kejadian ini berlaku apabila lutut akan berbunyi krappppp dan terpelecok ke tanah dan pemain akan rasa kesakitan. Jika berlaku sedemikian 99% pemain mengalami ACL pada lutut /ligamen ACL telah putus dan cedera. Akibat dari kecederaan itu pemain akan mengalami bengkak selama beberapa minggu dan akan kembali pulih. Akan tetapi kejadian sama kaan berulang sentiasa semasa bermain. Walaupun kecederaan telah lama sembuh dan tidak bermain beberapa tahun. Semasa pemain hendak dribble atau memijak tanah yang tidak rata kejadian pasti akan berulang. Bila ia berlaku untuk kali kedua, sakit tidak seperti kali pertama dan hanya akan baik dqalam 2-3 hari sahaja. Perkara yang sama akan berulang setiap kali bermain. Ada sesetengah akan bermain lagi dan ada yang tidak akan bermain untuk selama lamanya.

Untuk pengetahuan semua, Jika ke klinik / hospital kecederaan ini tidak boleh dikesan melalui x-ray, Ia nya boleh dikesan melaui MRI SCAN. Jika pemeriksaan di klinik hanya membuat Xray pastinya tiada kesan diperolehi dan DR akan memberi ubat tahan sakit je ler...huhuhu. Perlu diingat sekiranya terpelecok terlalu kerap kesakitan akan menjadi kronik. Bila nak buat sesuatu sepert solat adus sakit sampai tak boleh bengkok. Kasihan kan? Bila umur masih awal 30-an. kemahuan ingin bermain masih tinggi tetapi lutut tidak mengizinkan.

Rawatan perlu dibuat sebelum menjadi kronik, biarpun lama tidak bermain masalah akan timbul apabila umur lewat 50an, dimana pesakit tidak boleh berjalan dan duduk dengan betul



Rawatan pembedahan.
· Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan kedalam sendi.
· Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakkan sendi lutut ke keadaan asal.

Rawatan pembedahan gantian ligamen ACL dilakukan dengan menggunakan bantuan teknik artroskopik, iaitu menggunakan kamera kecil serta peralatan canggih yang dimasukkan ke dalam lutut sewaktu pembedahan dilakukan. Teknik ini mengecilkan lubang atau hirisan yang perlu dilakukan dengan pembedahan konvensional atau terdahulu. Menyebabkan masa pemulihan serta sakit dari luka pembedahan berkurangan.

Antara pemain bolasepak profesional yang telah kecederaan ACL mereka dan kembali aktif pada peringkat antarabangsa adalah:
· Ruud Van Nistlerooy
· Roy Keane
· Paul Gascoigne
· Alan Shearer
· Del Piero
· Gustavo Poyet
· Ruud Gullitt

So kesimpulannya....pada mereka yang di luar sana mengalami kecederaan lutut serius, cepat cepat dapatkan rawatan, tapi yang empunya blog pun masih takooot nak pi hospital....heheheheh. kalau tak 3-4 bulan le duk umah MC.

Sunday

I'm back

Salam sahabat bloggers dan pembaca budiman, lama tak menjenguk blog sendiri...bila open blog wah nampak ada sarang tikus la pulak heheheh. berdebu. nak kena housekeeping ni. Seperti biasa aku busy dengan auditing, inspection, courses ...yelah bila dah stay pun jauh dengan korang yg di West. Fly sana, fly sini menjadi lumrah. Hidup penuh dengan travelling. Seperti korang tahu transportation di sini nak lebih cepat tentu sekali MAS atau AirAsia.

Aku nak share sejak aku senyap untuk for a while. Ke sana ke situ , Selangor-Johor, Bintulu- Miri.Penat tidak lah..cuma bila dah dapat rehat, wah sangat best. nak nak bila dapat ZZZzzZZZZzzZ di tambah dengan berdengkur..oppss heheh. Bawah tu gambar ketika turnaound di SHELL Bintulu. Sempatlah aku snap dua tiga gambar untuk kenangan heheh.



Waktu ni exercise, estimated 15 min kena escape dan terus ke mustring zone. Aku kat luar dah tau heheheh.

Sempat lagi bergambar heheh

Berdiskusi

So ini mukaddimah, buat penyeri untuk penceritaan seterusnya. Maklumlah dah lama tak bercherita...bagi panaskan badan dulu.....huhuhuhu.

Popular Posts