Geng Kembara Perantau

Friday

My last day in the office

<

Huwaaaaaa, huwaaaa. 27.01.2012 kenangan terakhir di Pejabat Sarawak. Goodbye!!



Today is the last day i will be leaving the department since worked almost 8 years. I think never miss anything in my office. Last week pun aku dah mula mengemas, so tak lah mengelabah saat saat akhir. Nak kata sedih, sedih cuma meninggalkan kawan kawan rapat sahaja. Kalau nak tinggalkan department yang aku kerja rasanya tidak. Dulu yelah di Selangor tapi di Sarawak tak rasa apa pun.

Seperti biasa kalau dah nak tinggalkan pejabat, aku ambil peluang bergambar kenangan bersama officemates. Yelah nanti bila dah ke tempat baru, boleh jenguk jenguk gambar kenangan bertugas di Sarawak. Aku publish la sikit untuk tatapan pembaca. Kita jumpa di episod yang baru Next Week.




Bersama office mate 27.01.12
Tempat yang telah di handoverkan pada Pegawai lain....


Sunday

Waiting for a new challenge, 2nd February 2012


My Offer letter of PCSB SDN BHD. Terima kasih pada yang terlibat :)

Akhirnya , hasil usaha dah pun terjawab, bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan, tetapi usaha, doa and "not give up is ladder of success". Adalah impian aku ingin kembali bernaung di bawah syarikat Oil & Gas Malaysia setelah aku hampir sepuluh tahun aku tinggalkan. I was the results of the students Petronas. Now, I come back as a Executive,PETRONAS to contribute an experience and the knowledge when searching for travel as a KEMBARA PERANTAU hehe nak jugak letak Kembara perantau :)

2nd February 2012. Aku akan melaporkan diri ke tempat baru, dunia baru yang sedikit mencabar. Within 2 years sejak aku menjejak kaki ke land of horbills ada lah 8 -9 kali aku ditemuduga. Dan sejak aku dengan Gomen selama hampir 8 tahun nie aku di naikkan pangkat adalah dalam 2 kali. Bukan senang aku nak keluar, bila temuduga soalan yang pertama dan jawapan pertama diorang, you are the youngest candidates in this interview. Fuhhh so faham2 jelah yang calon2 lain umur hampir 40 dan 40an ke atas. Aku baru 32, hehe baru dan dah cecah 33 tahun nie.. nak gaji besau2 tapi muda sangat.

Apa??? korang nak tau gaji yek. Emmm aku just bagi hint jelah yek...as a government servant and in the comfort zone, haruskah aku keluar dengan hanya gaji yang naik sedikit dari sekarang.For sure bukan ayat sombong yang aku nak luahkan, cuma dlm govermnt nie sangat selesa, dan tak perlu nak bersusah payah, benefit gila gila, allowance sana sini. Cuti aku 30 hari gaji aku hampir 5k. Aku maybe dah selesa..tentu ada yang tertanya tanya kenapa aku perlu tinggalkan semua itu. Biarlah kenangan aku hanya di sana, kenangan aku bersama anak dan wife aku semasa mula2 join Gomen hingga sekarang, pahit manis kami tempuhi bersama sehingga kini.Kenangan manis ku bersama sahabat baikku Arwah Nasir Ismail semua tu biarlah kenangan yang banyak mengajar erti kehidupan. Akan ku bawa sebagai petunjuk dan kompas aku bila ke tempat baru. Aku sebenarnya mencari kepuasan dan mencapai cita citaku di mana dan sebenarnya bila aku usahakan sesuatu ada ruang dan peluang lagi untukku melontar jauh panahanku ini. Biar panahan bermakna bukan panahan kosong yang tidak hasilkan sesuatu. Tak sabar rasanya untuk aku kongsikan kerja baru dan tempat baru......alam baru bersama keluarga tersayang.

Aku perlu moving on , dan tidak ku lupa looking back walaupun sesaat untuk melalui landasan baru aku. Agar landasan ini tidak tergelincir dan dirahmati ALLAH swt. Insyaallah.

Pesta Mercun kembali...

Gambar hiasan ku pinjam..

Salam, :) wah semalam berdentum dentam bunyi mercun dan bunga api dimainkan. Pada mulanya aku ingat kan diorang dah berpuasa nak main mercun, mungkin tahun jimat cermat kot. yelah biasa sebelum 1weeks nak sambut tahun baru diorang dah kedengaran. Tapi terkejut juga aku dibuat nya hampir sejam lebih kedengaran bunyi mercun dan cahaya bunga api di kawasan kuching nie. Sharp jam 12 tgh malam boom. hai macam berpakat pulak aku fikirkan manusia bermata sepet ni. Mana taknya, hampir serentak sehingga jam 1pagi lebih. Sesiap yang ada anak kecil tu hehehe.. dah tentu panas telinga, tak tenteram...mereka peduli apa... asal dapat bakar duit pada malam tu sehabis mungkin.. lebih dasat dari kita yang menyambut Aidilfitri. Malam tadi hujan dan masih lagi berlawan memainkan mercun masing2..Maklumlah kehidupan di taman area rumah aku ni..tak semua melayu, masyarakat majmuklah katakan semua bangsa ada. 1 malaysia..tapi Indian susah sikit nak cari...kedai mamak pon susah sangat, nak pekena roti canai pon susah, nasib baik ada lah satu tempat di kawasan rumah aku ada. Bolehlah jamah kalau mengidam nak makan roti canai mamak dan teh tarik satu........huhuhu.


p/s : Kenapa raya kita ramai yang putus tangan, putus hidung, putus telinga, putus kaki...tetapi raya si apek ni tak de kedengaran pun ada yang putus dan terbakar???? Dasyat betul diorang kan...walhal sama jugak mercun. Tapi mungkin mereka tak sehebat kita pandai mencipta mercun..hehheh

Only a months to say goodbye for my office mates


Sejak 2004 aku mula bertugas sebagai seorang G..... servant, di mana bermula report duty pada tanggal 16 Februari 2010 di Putrajaya. Wilayah yang seGah namanya waktu itu. Seakan bermimpi dapat memakai pakaian budak pejabat. Long sleeve, neck tie dan berkasut kulit. Actually itulah igauan aku masa bekerja kilang dulu...huhuhu. Previously aku bekerja hanya asyik melihat pipeline yang besar besar, valve, asyik meneliti parameter such as temperature, level and the pressure for every side. Dan tak kurang juga chemical smell in every corner. Sadis betul..bekerja bagai nak rak ada troubleshooting sangat perlu berhati hati. Takut juga all times need to be monitors.

Nak dijadikan cerita, Department ni dengan sesuka hati memanggil aku untuk ditemuduga. Kali pertama untuk awal tahun 2003 aku ignore, emmm boleh ke aku kerja nie..cam gaji kecik jer..heheh dihitung2 turun juga gaji dan takde overtime gila2. Biasalah kerja industri sangat memerlukan overtime untuk gaji lebih. So aku abaikan dengan bangganya. Kawan kawan aku kutuk gila gila punya. Dan nak lagi dijadikan cerita hujung tahun 2003 aku dipanggil lagi untuk ditemuduga, juga dalam Department yang sama. Wah.. I need to try and think well to join them. Early 2004 aku dipanggil untuk bekerja. Bila dihitung hampir 8 tahun aku bekerja tetapi sebelum aku join department ni aku bagaikan tahu aku akan keluar satu masa nanti. Di sini hanyalah sebagai batu loncatan to gain knowledge. Finally, this year i will move to new company.

Aku rasa kenangan yang membawa aku semangat untuk teruskan hidup bermula dari kelemahan dan memperbaiki dengan melakukan terbaik untuk my future.. Cuma satu nasihatku tak semestinya orang yang diam tidak berisi dan bukannya orang pandai berkata kata pandai melakukan kerja. Hakikatnya semua yang pandai berkata kata hanya omong omong kosong untuk menarik perhatian. Di sini banyak berlaku keadaan yang aku ceritakan. Sejak 3 state aku bekerja, Mostly orang di G..... melihat kepada yang pandai berkata kata tidak kepada kualiti kerja. Berubahlah jangan menindas orang dengan hanya berlagak pandai tetapi nothing!!!!!!!! Eh macam salah tajuk pulak aku tulis..hehe anyway Gud Luck to those out there. Mulakan tahun baru ini dengan macam macam urusan yang perlu dipertingkatkan dan dengan penuh determination.

Friday

Musim Hujan 2012 dan Najihah darjah satu.. :)

Assalamualaikum, rasanya belum terlewat untuk empunya blog ni mengucapkan Welcome 2012. Agak kekok rasanya kerana sudah agak lama tak menari jari jemari melentukkan diri ke arah keyboard untuk berbicara dan berkongsi penceritaan. Macam biasa aku terpaksa membersihkan sawang sawang dan debu debu di Blog aku ni, biasalah bila hujung tahun banyak benda perlu dibuat dan diuruskan untuk menutup tirai tahun 2011.

Sambil menaip, hujan di kawasan kuching ni tak henti henti, 2 hari lepas agak keterlaluan cuaca tanpa henti dari pagi hingga ke petang hujan turun dengan lebat. Biasalah bila dah hujan berkaitlah dengan jammm...emm lewat le jawabnya sampai di tempat kerja. Masing masing berhati hati membawa kereta. Minggu ni anak aku dah pun memasuki alam persekolahannya, dah pun masuk ke tahun satu. Dah tua lak aku rasa....excited bukan main dia, dengan beg sekolah baru, kasut baru, baju baru. Hari pertama, i was taking annual leave untuk support anak aku yang dah mula ke alam persekolahan sebenar. Start year 2012, i must get up early than before to be sending my daughter to go to school. Nak kena hantar sebelum 7.30am, ini bukannya kindergarden situations, ini dah ada guru disiplin, guru besau memantau....


Dated Dec 31,2011. Registration day

First day in the School. Jumpa member Kindergarden lak...posing jap
In the classroom, Fuhh nasib baik tak crying huhuu. Maybe dah excited nak ke school.



Bye... bye.. nak balik sekolah dah!!


Banyak perlu diubah dan diuruskan untuk tahun 2012 ini, rezekimu YA ALLAh amatku hargai dan aku harus BERINGAT supaya tidak alpa dengan pemberianmu ini. Usaha dan usaha akhirnya menjadi kenyataan. So aku harus manage for my life and family very well. It will change totally in my life and my family. Oh aku lupa yang aku dah achieve at number of 33years old. Baru tadi terperasan yang dah naik satu angka dari 32. Rasa macam muda lagi, heheh tapi umur bukan penghalang untuk tuhan ambil nyawa kita. Menjadi pengalaman dan kenangan apabila peristiwa dengan kematian sahabat baik ku Nasir Ismail dan recently kematian officemate aku juga telah meninggalkan dunia ini buat selama lamanya. Masih bujang dan umurnya below than 30. Bukan cancer, bukan jantung, bukan darah tinggi...tetapi suddently dia meninggakkan kami. Agak terkejut, hanya demam on and off boleh membawa maut. Bila dengar2 banyak benda pelik berlaku.Tetapi itu semua sangkaan dunia. Tetapi Allah lebih mengetahui dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian.

Yang hidup perlu teruskan perjuangan demi keluarga dan mencari jalan yang terbaik untuk bekalan ke Akhirat sebagai seorang Kembara yang singgah dibumi ALLAH. :)


Popular Posts