Geng Kembara Perantau

Friday

Semut

Pinjam gambar ni yer pakcik google.
Asslamualaikum, pepagi dah buat naik angin, nak tahu kenapa?emmm tengok tajuk sure korang dah tau....Semut yang dahagakan air suam dan air masak yang dah dimasak dalam kettle diterjun beramai ramai untuk berenang dan mati kelemasan Adus encik semut!!!!! Bukan apa dah geram sangat aku ceritalah dalam post entry pagi sabtu ni...For ur info, semut dalam rumah aku nie dah kebulur agaknya....pantang makanan diletak atas meja dia singgah, masalah singgah tu bukannya aku letak lama sangat, biarkan selama 10min...emmm adelah yang kepala seekor datang mengajak berekor ekor lah pengikutnya. Itu aku cerita makanan yang tidak ditutup, dah ditutup dengan tudung salji pon die belasahnya. Bekas makanan yang ditutup kemas pun ditunggu kat tepi...aduyai,...Tapikan sebelum ni takde pun. sejak 3-4 bulan ni jer. Emmm nanti kau semut, aku akan bawakan makanan beracun yang sampai 7 keturunan sampai menyesal taknak dah makan gula.Heheheh,kejam ke aku?huhuhuu

Aku membebel dalam ni pasal semut bukan apa pun, masalah yang dihadapi adalah makanan yang dah disinggah semut terpaksa dibazirkan dengan membuang begitu saja. kalau seekor dua ok lagi...ini dah berkampung tu yang bikin panas........

Bila aku asyik bercerita tentang semut, terfikir sejenak bagaimana seekor semut yang kecil boleh membawa barang yang lebih berat dari badannya sendiri. Lihatlah ciptaan ALLAH, walau sekecil serangga tetapi masing masing ada keajaibannya. Itulah namanya kecil kecil cili padi dan sebenarnya menunjukkan kehebatan Allah dalam penciptaannya yang amat tinggi.

Wednesday

"Welcome to a celebration of Ramadhan" 1432H

Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan yang diberkati, maka Allah SWT memfardhukan ke atas kamu berpuasa pada bulan tersebut, bulan yang dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka, syaitan-syaitan dibelenggu. Serta di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang daripada kebaikan malam itu maka terhalanglah ia daripada segala kebaikan.”






Pejam celik, pejam celik dah hampir 2 tahun aku di Perantauan. Dah nak masuk tahun kedua berpuasa di sini, rasanya macam biasa juga di sini...nak kata menarik mungkin darisegi pemakanan yang berbeza di sini. Apa yang kita nak ada mungkin sukar di sini. Makan tu selingan jer, yang penting ibadah menunaikan puasa, dan cara bagaimana kita nak dapat pahala yang berlipat ganda di bulan RAMADHAN ini. So semua umat islam dah bersedia untuk menunaikan kwajiban kita yang satu ni. Harapan aku semoga kita peroleh kemenangan menjadikan satu malam yang terbaik dari seribu bulan yang ada iaitu malam lailatulqadar terutamanya.
i
Dalam pada itu juga hikmah yang ada pada hari hari dalam ramadhan juga perlu direbut. Insyaallah ALLAH akan membantu dan mempermudahkan setiap yang berlaku,marilah kita sama sama berusaha menunaikannya dengan penuh amalan kebaikan sepanjang bulan RAMADHAN...ASSALAMUALAIKUM...

Saturday

Dunia Akhir Zaman.....

Renung renungkanlah...hehehe






Friday

Alkisah hari Jumaat.

Interview via skype

Bikin panas, hheehe bukan apa berpeluh aku menunggu nak di temuduga. Dengan bertali leher, kipas letak agak jauh dengan lappy aku. Takut bila pakai skype interview, mungkin menganggu pendengaran diorang..huhuhhu, 30min aku tunggu bersiap sedia, tup tup2 terima panggilan, azlan dah ready ke?Tak dapat teruskan interviewlah di sebabkan the hiring Manager nak interview tu last minit ada meeting....huk huk huk...buat buat senyum..alah kalau senyum sinis pun bukan diorang tahu.heheh, Takpelah kalau dah rezeki tak kemana. :).... so we rearrange next week ler jawabnya.

Rasanya dah full aku buat preparations nak interview tadi. now aku dah lepaskan balik haha kalau tidak saturated otak dibuatnya. Terima kasih pada member blogger sebab say gud luck. Kita postpone utk next week yek...

Kongsi pagi sabtu...


Bangun solat subuh, lelap sekejap jer..emm rasanya dah cukup tidur.Tak boleh nak dipaksa, terus bangun dapatkan my lovely lappy mac book pro. Menjenguk preparation yang aku pointkan untuk berhadapan dengan temuduga Isnin nie. Mencari buku buku yang berkaitan untuk buat research semasa interview. Cari input input dan feed feed yang perlu untuk semua yang berkaitan. Pengalaman mengajar erti kesemuanya. Persoalan yang biasa aku dapat semasa interview perlu dikemaskan lagi. Usaha tu penting bukan, dapat tak dapat lain kira, at least ilmu ditambah. Hampir sejam lebih, emm baru teringat seperti biasa, everysaturday aku akan beli thestar. Alah macam korang juga..buka iklan keje kosong ler. apa lagi...nnati aku postkan yer..apa yg boleh dikongsi. Harap harap ada yang menarik. Aku rasa setahun lebih di sini ada 2-3 kali je aku miss beli thestar untuk hari sabtu. Bila nakkan sesuatu perlu ada daya usaha yang pelik. Itu barulah thrill, tapikan kengkawan aku dapat rasakan yang cabaran bila kita perlukan sesuatu. Dia takkan datang bergolek, macam bola juga. kalau tiada daya tolakan, tendangan..bola itu takkan bergerak. Tapi di mana dan ke mana arah bola yang ditendang perlu ada sasaran. Jangan main tendang jer. Kadang kadang sasaran banyak tapi cuba cari yang terbaik. Bukan senang sebenarnya, bila ada yang terbaik bukan kita sorang je perlukan. Ramai yang menghendakinya...itu namanya rezeki. Bila kita fikir positif, tension takkan berlaku, kepuasan sebenarnya kita nak. Ada kepuasan adalah hikmahnya. Hehehe..berfalsafah lak aku pepagi nie. Oklah aku nak mandi breakfast dan cari thestar. sambung lagi daaaa...

Popular Posts