Geng Kembara Perantau

Wednesday

"Welcome to a celebration of Ramadhan" 1432H

Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan yang diberkati, maka Allah SWT memfardhukan ke atas kamu berpuasa pada bulan tersebut, bulan yang dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka, syaitan-syaitan dibelenggu. Serta di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terhalang daripada kebaikan malam itu maka terhalanglah ia daripada segala kebaikan.”






Pejam celik, pejam celik dah hampir 2 tahun aku di Perantauan. Dah nak masuk tahun kedua berpuasa di sini, rasanya macam biasa juga di sini...nak kata menarik mungkin darisegi pemakanan yang berbeza di sini. Apa yang kita nak ada mungkin sukar di sini. Makan tu selingan jer, yang penting ibadah menunaikan puasa, dan cara bagaimana kita nak dapat pahala yang berlipat ganda di bulan RAMADHAN ini. So semua umat islam dah bersedia untuk menunaikan kwajiban kita yang satu ni. Harapan aku semoga kita peroleh kemenangan menjadikan satu malam yang terbaik dari seribu bulan yang ada iaitu malam lailatulqadar terutamanya.
i
Dalam pada itu juga hikmah yang ada pada hari hari dalam ramadhan juga perlu direbut. Insyaallah ALLAH akan membantu dan mempermudahkan setiap yang berlaku,marilah kita sama sama berusaha menunaikannya dengan penuh amalan kebaikan sepanjang bulan RAMADHAN...ASSALAMUALAIKUM...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts