Geng Kembara Perantau

Friday

Musim cuti sekolah tak ke mana ke????

Di suria KLCC
Wah ..bab posing bagi je kat diorang
Anak aku dan anak saudaraku
Gambar ni, semasa di KLIA, emm trolley jadi penumpang pulak....hehe

Saja buka cerita school holiday, emm korang tak ke mana ke? yelah bawa anak anak berjalan jalan...bershopping sakan pun boleh jugak hahaha...eh Bulan puasa nak dekat tau...haa sapa yang belum tempah baju raya, cepat cepat laaaaa...nanti takde siapa yang nak jahit. Plan awal awal, senang taklah last minutes baru terhegeh hegeh.

Aku pun baru balik dari KL. Di sana dalam 4 hari jer...hantar mertua ke umrah, dan balance yang ada layan ke KL ler...tak plan gempak gempak pun, cuma cari kain nak raya jer..then makan makan tempat yang aku suka. Biasalah dah lumrah makcik makcik ni nak beli dan cari kain confirm kat Jln TAR,emmm takde lain dah...so aku tak lepas peluang le makan di Restoran INSAF, best bro nasi briyaninya...aku kalau lalu kat situ sure kena beli..apa ketagihnya aku, hehe..takdelah..ala korang faham fahamlah di Sarawak ni nak cari kedai kedai Mamak yang macam di Semenanjung manalah nak dapat. Eh korang tak penah try ke? kalau sesiapa belum try haa pergilah Betul2 opposite kedai buku jln TAR tu.. dan selang sebelah jer dengan kedai kain GULATIS...Hampir berejam juga aku dan family habiskan masa di kawasan tu...last last beli di HARRISON jer..dah 3 tahun memang beli di Kedai kain tu jer...dah kat situ jer yang berkenan.....

Setelah settle apa yang nak dibeli dah dibeli dan dihajati..terus ke KLCC emm diorang plan nak ke Aquaria bawa anak anak, biasalah dah 2-3 family ikutkan jer. Kalau aku tak silap 3 tahun lepas aku pergi....dan bila sampai takde yang berbeza masih sama konsepnya, yang failednya, escalator untuk lihat hidupan laut tu malfunction. Emm membazir lak rasanya, mahal dude masuk tapi takde yang aku tengok berbaloi....maybe tempatnya yang Grand " Area KLCC".

Eh dah nak jam 6, Solat belum ditunaikan lagi, mujurlah ada surau sangat strategik dan berhampiran di AQUARIA tu...Jamak Takhir lah aku, hari kedua boleh lagikan?hehe...Islam memudahkan jadi kita ambillah ia sebagai kesempurnaan kita menunaikannya. Emm setelah selesai, aku dan family masuk ke Shopping Area di KLCC...kaki rasa dah ponek nie. 2jam spent masa kat dalam tu, adalah 2-3 barang dah dibeli...so dah golap dan operasi mencari makanan pula, hai macam jalan jalan cari makan pulak.Mlm ni kata mereka nak beli tapau di kedai Singgang..Wah dah dekat 4 tahun di KL, tak pernah aku jejak kawasan warong yang kebanyakkanya jual singgang. Kalau tak silap aku kawasan Kg baru. Emm make it short, bila sampai di rumah..memang beshhhh, sehingga menjilat jari. Masa mula mula nak beli, aku kata alah singgang jer...emm macam biasa jer, tapi nampak macam biasa...sedapnya entah korang try lah sendiri baru tau.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts