Emm mata dah mengantuk, duk asyik menyinggah blog kawan dan sambil menonton TV...dan dapat header baru..tapi kena adjust lagi tu masih ada yang perlu dikemaskan....hehe amacam ok tak? Aduh terasa mengantuk dan keletihan, bukan letih apa pun...lama sangat duduk tercongok kat atas kerusi ni....dah hampir jam satu dah...dah tiba masa untuk aku tidur dan rehat...ops tapi sebelum tu bila duduk sorang2 dalam keadaan sunyi nie, aku teringat pernah aku terbaca artikel majalah islamiah tentang waktu malam yang sesuai untuk berehat. Malam disebut Allah iaitu pakaian...emm pakaian ni sebenarnya yang melindungi, yakni melindungi kegelapan..
Anggota badan perlu rehat dengan secukupnya, anggota badan kita terdapat berjuta juta sel yang perlu diberi rehat setelah bekerja sepanjang hari.Sebenarnya bekerja waktu malam dan tidur waktu siang hari adalah sesuatu kurang baik...emm kalau nak tahu, Baginda s.a.w tidur pada permulaan malam dan bangun pada waktu tengah malam, apabila membersihkan giginya serta mengambil wuduk untuk solatnya. Ada tiga perkara telah Baginda lakukan tidur dan rehat bagi anggota badan dan menggerakkan anggota badan( riadah)..Semua ini adalah puncak bagi kemaslahatan jiwa raga, dunia dan akhirat. Kalau nak tahu baginda tidur mengiring di atas rusuk kanan sambil dadanya menghadap kek kiblat.
Faedah bila kita tidur atas rusuk kanan ialah...makanan tetap berada dalam keadaan baik dengan mempercepatkan proses pencernaan, emm bil akita tidur di atas rusuk kiri dengan terlalu lama keburukannya ialah boleh menimbulkan bahaya kepada jantung, dan paling tidak elok bila tidur meniarap.....
dah ensem da header tuh..da ok..hehe
ReplyDeleteiktikaf masjid mane nih??
...dan sebelum tidur jgn lupa baca ayatul kursi, 3 kul, selawat atas nabi, hembus pada tapak tangan, sapukan ke seluruh anggota badan, insyaAllah dilindungi Allah sepanjang malam
ReplyDelete...juga Tasbih Fatimah, insyaAllah bangun pagi dengan kesegaran minda dan hati....
selamat berehat
ReplyDeletethanks komen kt blog aten..~
ReplyDelete