Geng Kembara Perantau

Thursday

Kerenah di conveyor bag

Ini beg yang sama dengan beg aku, masa ni tengah menunggu dia sampai ler

Ada satu lagi kisah yang aku nak cerita yang terjadi pda aku juga..emm kes ini telah tiba di Kuching dan sesi pengambilan luggage di conveyor. Aku adalah mangsa keadaan yang disebabkan persamaan beg. Tapi dalam persamaan beg pun ketelitian perlu dijaga, jangan nak sambar jer bro. Aku ada 3 beg yang ditunggu, 2 beg telah pun selamat. Conveyor yang aku tunggu tu sangat betul, arrival from MAS passenggers. Emm sampai semua passenggers dah balik dan ambil beg masin masing, aku masih menunggu dan terus menunggu, grrrr ...mana pergi beg aku ni????aku terasa nak pandang conveyor sebelah sana, emmm terdetik macam ada kat sana..tapi mustahil sebab area sana untuk Air Asia..mana boleh tetiba sesat beg aku kat sana..dalam kepala dah terbayang takkan beg aku sesat ke state lain atau pun ke Jakarta...hhehehhhe. sebab ada 20 beg penumpang telah di bawa ke Jakarta. Khabarnya nak ke Kuching jer.....adus. Beg hampir dah habis...terus aku dapatkan PIC MAS yang ada di situ, dan dalam beberapa minit ternampak dengan jelas beg aku ada di area Air asia...aik????aku terus ambil ..dan sambil nak marah, Kenapa beg saya ada belah sini????Terus wife aku dan anak aku kata bukan beg kita niee...sejibik!!!..dan buka sedikit zip utk kepastian. Sah its not my bag! Tagging di handle beg pun clearly "Air Asia". Emm so dapat dikesan, dan kalau aku tak perasan beg aku sama di Air Asia confirm mamat tu dah buka kat rumah. Mujur takda benda yang penting, semua baju..barang2 penting di beg yang lain. Inilah kerenah orang di sini...Terus PIC from Air Asia datang amik ID dan terus telefon mamat tu...dalam 20min juga aku menunggu. Aku nak tengok juga org yang main belasah jer. Hah sampai juga...dengan muka tak bersalah, katanya " oh samalah beg, berat pun sama" kepala hanguk ko..heheh dlm hati aku ler...then aku pun sahut laa..." bukan masalah beg sama atau berat sama yang you amik Penumpang Mas punya beg apsal, you kan AIR ASIA...ohh!! katanya....

Wednesday

Kerenah Dalam Flight 1

Baru baru nie aku ke kl dalam 4 hari, pelbagai kerenah, kisah yang aku nak cerita. Semasa perjalanan ke Kuching - KL, dengan menaiki MAS..sekumpulan pelajar yang agak ramai, mungkin trip sekolah mereka agaknya. Wah jauh juga diorang melawat yek...kebiasaannya aku hanya di Kawasan semenanjung jer dengan menaiki bas. Aku lihat ramai berbangsa cina. Emm tentu sekolah anak2 anak org kaya yang disponsor oleh PIBG mereka. Kalau dikira satu kepala pergi dan balik habis RM400.Itu pun kalau murah yang mahalnya belum pasti. Sebabnya diorang naik MAS bukan Firefly dan bukan Air asia. Tapi bukan ini yang aku nak cerita...ceritanya budak besar yang macam budak budak. Diorang nie duduk seat belakang aku, so tentu sekali aku dengar apa yang diorang sembangkan....heheh. Adalah depan seat, seorang budak minta cenderahati pada seorang Stewardess ni...dan dalam masa yang sama anak aku diberi blanket dan pillow. So apa lagi barisan belakang aku nie ( minah ) minta blanket juga...Stewardess tu habaq, the things are priority to infant. Kalau ada kita bagi....dalam beberapa minit kemudian aku dengar org belakang aku macam pisang kepanasan sebab tak dapat apa yang dia nak, Katanya nak complain Stewardess tak layan dia dengan bagus...emmm macam budak2. Sebabnya kali kedua dia minta Stewardess ni telah bagitau yang blanket dah habis..heehheh.Aku nak tergelak dengar orang belakang ni punya kerenah. Macam tak pernah naik Flite, buat malu jer....(depa nie orang Sarawak) bukan aku cerita semua org sarawak macam tu, mungkin kebetulan perangai cam tu hehheheh. HAh, satu lagi pasal souvenir, bila dia terdengar budak depan aku minta...dia pulak minta souvenir, emm Stewardess tu bagitau" kalau ada lebih dia bagilah sebab ramai budak budak minta ". Emm terdengar macam cacing kepanasan pulak..hehehe apsal lambat niee..,

Popular Posts