Geng Kembara Perantau

Saturday

Cerita balik Kampung.........

Sempat berposing kat kedai buku di KLIA



EMM Dapat da buku dia Nur aimuni Najihah............



Sempat bergambar dlm Airbus


Kembara Perantau Pulang ke kampong.............


Emm sangat rushing aku balik ke kampong...saja nak bercherita semasa perjalanan....emm agak pendek cuti ku..yelah nak balik sampai 2 kampong..alkisah nya ......adalah sikit nak share pengalaman tak berapa nak pahit tapi mujur jadi ok heheheh....

Flite aku jam 550 MAS Airbus ...wah first time aku sefamili berbelon naik AirBus .Kebiasaanya dapat naik Boeing....emm memang selesa nak dibandingkan dengan Boeing...tak terasa bila di udara......sangat selesa lagi bila di bandingkan dengan Air asia...huhuhuh...jgn marah biasanya harga berbeda layanan pun berbeza....Aku balik pon mula hari jumaat hingga rabu jer...tak lama


Flite aku transit di KLIA untuk ke Kuantan...sampai jam 7.30pm di KLIA...untuk menunggu flite seterusnya terpaksa aku lepak2 di KLIA...ke kedai buku, minum sebentar di cafe...mana taknya jam1010pm flite departure ke Kuantan....

Cerita kedai buku nie..aku memang pantang nampak kedai buku pasti nak ku terjahnya....ada saja nak dibelinya walaupon bukan dengan niat........bila dah masuk dah belek2 emm bila suka trus beli....samalah denga anak aku najihah nie...

Selama 2hari di kuantan takde apa yang aku buat, cuma bertemu member lama Fazil sambil minum2, dan ada lah sikit memotong rumput di halaman...adus lama tak pegang mesin sakit belakang jugak dibuatnya.....


Perjalanan ke Dungun....

Semasa perjalanan ke Dungun Terengganu...pagi tu ada kejadian yang aku tak dapat ku lupakan...aku telah menaiki kancil yang jarum minyak nya tidak berfungsi...aku bertolak dan dengan niat untuk mengisi minyak yang jarak nya 5 minit dari rumah....tak sampai 200m kereta mula terbatuk2 ..ish nie lain macam nie...dua tiga kali tersentak..adus aku agak nie tentu minyak dah nak habis......aku terus masuk ke simpang kiri untuk berhenti....emmm confirm mati enjin dan hanya kereta bergerak untuk berhenti sahaja....sempat aku membawa kereta ke tepi simpang supaya tidak menganggu kereta lain....heheheh...seumur hayat aku tak pernah aku kena kejadian ini.....ini gara2 jarum minyak yang tidak menunjukkan tanda yang betul la nie...hehe padahal jarum itu sudah ke empty....jawabnya memang betul minyak takde.....terkena aku..aku tergelak...mujurlah dekat lagi dengan rumah..boleh diorang datang membantu.............hehehe. Salah siapa ek ...huhu salah meter minyak ler...hahah


Welcome 2011, Sayonara 2010........



Azam baru nak buat per???
Hai salam tahun baru...emm dah tentu semua memikirkan apa yang perlu diubah. Dah fikir belum?apa yang korang fikir yek? emmm..adakah perubahan perlukan pengorbanan dari segi kewangan? emm pengorbanan perlukan tenaga? pengorbanan perlukan akal fikiran? emmmm yang mana satu...tapikan aku terfikir..Fundamental nya semua memerlukan wang. Am i right?..








Bonus...
Eh Usually end of the year, Semua pekerja menanti bonus tahunan..emm depending on whats an agreement that u were dealing with ur company. But ada juga yang tak pernah dapat bonus...tapi kan benefitnya agak bagus. emmm tapi bonus kebiasaanya diharapkan....bonus nie juga diberikan base on ur performance...ade dinilai mengikut kredibiliti dan ada juga dinilai mengikut keampuan pekerja kepada boss masing2 emm ini yang tak syok nak dengar....sakit mata aku tgok nya....biar tak pandai buat kerja, janji says ok ..yesss boss , baik boss, boleh boss..itu adalah main keys yang amat berguna...cuba korang guna janji jangan ingkar dan jangan sesekali melawan boss, boss bagitau camni korang kata camtu emmmm hasilnya korang boleh tau lah nanti hujung tahun heheheheh.............



Percaturan hidup.........

Pernah tak korang terfikir yang kehidupan kita seolah olah dengan bermain monopoli atau saidina...permainan kita di dunia perlu ada perancangan hidup. Contohnya perbelanjaan harian, bulanan..perlukan management yang baik. Tapikan aku sendiri pon belum pandai uruskan semuanya dengan baik dan teratur...main ikut nafsu jer membeli......memang belanja tak hingat( kadang2 jer) emm bil- bil dah bayar belum? anak sekolah lagi nak beli pakaian mereka, dah tu petang nak hantar sekolah agama, malam mengaji....wah semua duit kan....Hutang kereta yang ada satu kereta takpe lah, yang ada dua , tiga kereta emmmm tulah sapa suruh beli banyak2 kan dah nak fikir macam2... adus buatnya road tax pulak nak dibayar...apa??? serentak 3 kereta hahahahah......emm camne ek nak budget....??? banyak yang keluar nie..mana yang masuk nie.....


Simpanan...







Korang ada simpanan? sangat sangat penting kan .......emm semua nya keluar so mana nya yang masuknya ke pocket? Gaji kita nie ibarat persingahan yang tidak kekal....betul tak aku cakap?bila masuk hujung bulan beberapa hari kita keluarkan ia....tak kekal...semua habis...nak belanja tu nak belanja nie...emmm HUTANG jer. Aku ada dengar dan ada baca satu article rakyat Malaysia nie terlalu banyak berhutang bila dibandingkan denga jiran kita seperti thailand...Dah semuanya mahal...tiada yang murah...mana mampu nak bayar cash..bukannya aku anak dato' anak orang kaya yang dah kaya kaya lagi...confuse bila difikirkan...lumrah alam...
Sebut pasal simpanan... ada beberapa strategi yang banyak kita kurang berani dan takut untuk melakukannya...dari segi hartanah kediaman, hartanah perniagaan dan Real estate investment trust ( tentu ramai yang tak pernah dengar..tapi yang pernah tentu hebat kan??? ada lagi pelaburan lain seperti logam bernilai seperti Emas, Perak, Opal dan permata khususnya orang yang menjualnyalah....Betul tak kalau aku katakan logam nie biasanya dapat memegang nilai dengan baik. Nilainya tidak boleh dinyahkan malahan sepatutnya bertentangan dengan inflasi..malangnya ia tidak menjadi sepatutnya. Sebaliknya bila wang kertas boleh merudum dengan kerajaan mencetak dengan sesuka hati dan secara automatik inflasi akan wujud..........

ada lagi Insurans!!! pelaburan sepanjang hayat..ada dua kepentingan di sini satu nya pelaburan satu lagi perlindungan. Mungkin boleh mulakan ..dan satu pengurusan yang hebat jika pandai menguruskannya.


















Dan cuma nak beringat ....

Jangan lah korang join skim cepat kaya..pelaburan yang ada di internet melaui email dari foreign country ini bukannya boleh membuat korang kaya dan nasihat aku bukan untuk jadi kayap... tetapi untuk menjadi kaya heheheheh.... tak kaya pon takpe asalkan berduit.....dan biarlah kehidupan kita sederhana dan diiringi dengan kebahagiaan........sometimes duit tak kemana bila kebahagiaan tiada di sisi....

Popular Posts