Geng Kembara Perantau

Thursday

Bulan Ramadhan....2012







Assalamualaikum readers and bloggers di luar sana, tak kisahlah yang ada di benua afrika ke, negara matahari terbit ke, Negara2 komanwel ke, negara negara bersekutu ke, negeri negeri selat ke dan sewaktu dengannya.

Lama dah tak berblogging dan rasa cam tak fokus pulak nak berblogging....Oh lupa pulak, hari baik bulan baik ni aku nak ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa bagi yang beragama Islam. Bila dah mula macam macam rasa nak menaip tapi bila dah lebih 10min duduk mengadap komputer certainly rasa perkara yg tak mampu nak lawan iaitu kesedapan tidur waktu2 begini...uh makruh pulak puasa aku nanti..takpe tahan2...

Di Kuching ni macam biasa seperti tahun tahun lalu....bila bulan puasa pagi pagi agak sesak dengan jalan yg belum siap...jalan yg sempit nak lalu kawasan rumah aku ni dah pun dibesaran jadi bila menunggu siap kena tahan lagi lah dengan sesak sesak lagi.  Actually tomorrow is the day aku will take off ke platform aku. Dah 2weeks aku berpuasa dengan anak dan wife aku..so another 2 weeks will be at platform ler. Ini first time aku akan berpuasa di tengah tengah laut. Pengalaman ini akan aku jadikan cabaran untuk aku berpuasa di offshore. Yelah sebelum ini aku mana penah berpuasa di tengah tengah laut. Mungkin agak letih di sebabkan minggu ini minggu Turn Around untuk platform aku. Ramai lah Personel onboard. Tapi aku hanya kan ke sana selama x sampai 14 days. Aku amik cuti lah..heheh. The actual date yang sepatutnya crew change is 17 Ogos, but im taking A.L awal 3 hari....nak raya maaa....so apa lagi takkan nak raya kat platfom. Pulak tu on the platform x ramai muslim, lebihnya non muslim...agak tidak best la kan...sebab kawasan SKO ( Sarawak Operation) ramai lah bangsa lain. Kalau kes PMO ( Peninsular Malaysia Operation) Mostly orang orang kite...bila solat raya cukup korum dan dah tentu meriah sangat. Tapi yang penting aku dapat balik raya..InsyALLAH.

Today petang aku dah ready nak ke miri sebabnya aku akan naik chopper dari airport sana. So kena bermalam di miri lah jawabnya. Inilah rutin aku yang perlu aku lakukan. 

Sewaktu aku berada di rumah aku bukannya rehat sangat di rumah.Ada tugas yang perlu aku lakukan..menjadi driver kepada Anak dan isteri ku hehehe. Takpa lah berkorban sikit sebab 2 weeks kerja dan another 2 weeks hantar diorang la... 


Nak cerita pasal puasa kat sini dah tentu aku nak share pasal bazar ramadhan di sini. Sebelum ni aku puasa bekerja...tetapi sekarang aku rileks dan amik dan hantar anak dan wife aku...so sempat lah aku menjenguk bazar ramadhan yang agakjauh dati rumah aku. Kebiasaannya, di sini kalau nak membeli kuih yang serupa dan bermacam aneka yang sama dengan Semenanjung, tak kira lah masakan pantai timur ke utara ke semua ada. KEM Tentera perinson lah jawabnya!!! Boleh dikatakan semua jenis kuih ada, dari yang susah sangat nak cari kuih yang orang sarawak tak buat kat kem tentera tu semu aada...cuma sedap atau pon tidak jer. Kalau nak tahu, di kem ni banyak kuih tu di sebabkan ramai yang tinggal adalah rakyat semenanjung. Kalau orang Sarawak panggil orang Malaya..uh pelikkan....hehe org malaya. Macam org bangla pulak..hehehe. Biarlah apa nak diorang kata tapi dengar  sinis ler jugak..ah biarkan lah janji tak gangu diorang. 

Bulan puasa ni aku ada plan nak tukar kerera mewah aku ni iaitu Viva kuasa kuda..heheh. Emm tulah nak tukar kereta hadiah untuk wife aku lah. Kemungkinan besar MYvi ler jawabnya. Dah recce banyak kali ke perodua..so bulan ramadhan jugak jadi cerita. Alhamdulillah dah approve pinjaman kereta dengan Maybank. Nasib baik proses cepat. Kalau lambat aku dah minta salesman tukar buat di bank lain. Sebab aku ada pengalaman dengan loan rumah aku yang banyak kali aku call dan update emm tapi lembab dan aku apply di bank lain....dah approve dari aku asyik ding dong dengan pegawai bank maybank tuuuuuuuuuuuu. Alamak bulan puasa terkutuk pulak...grrr..tarik balik lah..free jer turun pahala puasa aku..heheh.


Viva ni kemungkinan akan di ambil pada sebelum aku balik raya. InsyALLAH before 15 Julai nie. Dan sekarang apa yang aku tunggu plate num yang nak aku sama kan dengan kereta yang satu lagi...hopefully dengan izin Allah dapat lah. Aku nak plate Sarawak untuk jadikan memory buat kami sekeluarga yang pernah diam di Sarawak ( diam tu bermaksud tinggal ) heheh. InsyALLAH apa yang dirancang dipermudahkanNYA. Aku gak tergesa nak ambil Myvi ni yang berplatekan Sarawak sebab wife aku dah dapat tukar ke Semennjung dan most probably di Bangi. Asalnya dapat di Klang tapi ada competitor dari Sibu yang minta balik juga. So Boss besar wife aku akan buat swapping antara diorang yang akan ada ksosng di Bangi..so be patient laa. Mudah sikit nak hantar anak aku dan dah ready rumah di sana. Bukan apa Bangi nie best sebab aku dah pernah tinggal sana sebelum berhijrah ke sini. Aku pula tiada masalah just naik flite to miri terus Sepang. Hanya tambah lagi 1hr 30 min. Currently aku just spend 1hr from Miri to kuching. 





Myvi Extreme yang akan menjadi milik wife aku..hehehe. Post sikit.....Ok lah nie buat pegi office dan hantar anak aku sekolah everyday.



Dalam masa 2 minggu ni adalah dalam 2 kali aku berbuka puasa di luar bersama anak dan wife aku. Saja nak rasa angin luar, dan nak appreciate kat anak aku yang puasa penuh ni...pada awal nya najihah ni tak dapat berpuasa sebab demam. Now dah boleh puasa....masa nak start puasa tu agak letih aku tengok najihah ni..tapi bila dah selesa hari hari berikutnya dah ok tak de masalah...biasalah masa nak start tu agak susah. Macam macam kerenah nya. Ingat lagi aku masa waktu dia di taska ABIM waktu nak ambil air solat boleh die pegi minum sekali sambil kumuh hahahahah. Balik cerita kat aku dan wife..gelak aku...emm bila dah bersama kawan kawan macam macam kerenah ler...Aku pun masih teringat masa darjah 6 tak silap aku...waktu tu mak aku baru lepas buat kuih raya. Kalau dulu kuih raya ramai yang buat sendiri tapi bilamakin maju dah malas aku tengok diorang nak buat kuih ..zaman dah berlalu....semua berubah denga secara perlahan. Aku sure yang you all juga ramai yang suka order jerkan....tapi kalau ada yang masih buat sendiri baguslah. Wife aku ni kalau buat kuih yang terpilih jer...dia takkan buat banyak sangat....banyak beli lerrrr. OPsss terlajak pulak pasal kuih raya yang mak aku buat tu...aku senyap2 ke dapur buka balang kuih raya aku makan......tanpa ada minum air pon...begitulah setiap kali puasa...tapi bukan hari2 ler...ikut mood. Aku tak makan curi2 benda lain just ambil satu jer kuih raya...hahahahahah. Banyak pulak aku menulis today...takpelah bukannya kerap sangat dah aku berblogging nak singgah kat blog kawan2 pon dah jarang bukan apa, aku maleh betul nak buka internet nie....










Popular Posts