Geng Kembara Perantau

Thursday

Buang masa dengan solat??




Gambar pinjam dari pakcik GOOGLE...



Tentu terkezut dengan tajuk di atas bukan...emm Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang? Korang terkejut?dah tentu. Inilah soalan yang jarang dan mungkin tak pernah kita dengar. Soalan ini telah ditanyakan oleh rakyat jepun kepada rakyat Malaysia beragama Islam. Soalan ini diajukan oleh pelajar pelajar Jepun yang melihat pelajar pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.



Sebenarnya ini adalah kisah buku yang aku sedang baca, terusku kongsikan diblog ini..



Mengapa soalan sebegini tidak ditanya ketika di tanah air sendiri, mungkin mereka jarang melihat orang solat di Jepun. emmm berbanding dengan mereka yang jarang2 menyembah berhala tidak sekerap seperti kita bersolat. Bila kita di perantauan ramai yang akan gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar..



" Orang jepun menghargai masa, mana tidaknya setiap masa dengan membaca, tak kira walau di mana pun berada, Buku buku dan komik tersusun di bahagian atas siling keretapi.," bagi orang Jepun yang tidak membuang masa 5-10minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan membuang masa. Itulah sebabnya soalan itu timbul di kalangan orang Jepun, kenapa orang Malaysia tidak bertanyakan begitu. " emm sebabnya orang kita ramai yang membuang masa , apalah ertinya 5-10 minit untuk bersolat. Bagi mereka yang suka melepak , berbual kosong , berlegar legar di pusat membeli belah sampai berjam jam, apalah harga masa 5-10 minit, tak jadi penyakit pun....Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting( termasuk solat-pada pandangan mereka) sangat membazir.



Mungkin mereka tidak boleh menerima jawapan dari perspektif kita, malah kita boleh menerangkan secara rasionalnya, Tanyakan pada mereka apa yang mereka buat untuk memastikan alat alat teknologi mereka berada keadaan baik? Bukankah mereka akan menyenggara kesemua alat alat teknologi mereka? Lebih canggih alat mereka semakin kerap perlu disenggara.



Jadi bagi umat Islam Solat adalah Maintenance diri kita, malangnya mereka yang mempunyai teknologi yang tinggi mementingkan penyenggaraan tetapi tidak pada diri mereka sendiri.....

2 comments:

Popular Posts